top of page

PM Anwar seru umat Islam hayati hikmah Ramadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read

Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak melihat tuntutan puasa dan amalan sepanjang Ramadan sekadar memenuhi syarat dan rukun semata-mata.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ibadah puasa perlu dihayati dari sudut hikmah serta objektif pensyariatannya.


"Puncak kenikmatan di sebalik ibadah puasa ini adalah pencapaian takwa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, yang berakar pada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin, dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah SWT," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Beliau turut menjelaskan bahawa motivasi melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan perlu digerakkan dengan semangat mujahadah.


Motivasi itu menurutnya bukan sahaja untuk menggapai cita-cita ukhrawi, tetapi juga sebagai usaha memperkukuh disiplin diri serta meningkatkan komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian dengan penuh amanah dan keikhlasan.


"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya," tambah beliau sambil memetik firman Allah SWT dalam Surah Al-‘Ankabut, ayat 69.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page