Datuk Duncan Sikodol dilantik anggota LPPR SPRM


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Duncan Sikodol, sebagai anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi sesi 2026 hingga 2029.
Pelantikan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan LPPR dalam menyokong agenda pencegahan rasuah serta mempertingkatkan integriti dan tadbir urus negara.
Jelas Anwar lagi amanah yang diberikan kepada Datuk Duncan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta memberi sumbangan kepada usaha berterusan membanteras rasuah.
Menurut Perdana Menteri, usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus perlu terus diberi perhatian bagi memastikan sistem pentadbiran negara kekal berlandaskan prinsip amanah, ketelusan dan akauntabiliti.
PM turut berharap pelantikan bagi sesi 2026–2029 itu dapat membantu memperkukuh usaha pencegahan rasuah demi kepentingan negara dan rakyat.




Comments