top of page

ADN Selangor cadang peruntukan DUN berdasarkan populasi penduduk

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
38 minutes ago
1 min read

Seorang Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor mencadangkan supaya peruntukan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diagihkan berasaskan jumlah dan kepadatan penduduk bagi memenuhi keperluan kawasan berpopulasi tinggi.


Danial Al-Rashid (gambar), yang juga ADN Batu Tiga, mencadangkan Kerajaan Negeri mempertimbangkan mekanisme tersebut menjelang Belanjawan Selangor 2027 yang dijadualkan November ini.


Mengambil contoh kawasan yang diwakilinya, Danial berkata kawasan padat dengan anggaran 300,000 penduduk itu sentiasa mencatatkan permintaan tinggi bagi pelbagai bantuan dan inisiatif Kerajaan Negeri.


Situasi tersebut jelasnya menjadi antara cabaran utama kerana permohonan bantuan yang tinggi sukar dipenuhi berikutan kekangan peruntukan.


"Permohonannya terlalu banyak dan saya percaya memang ada yang terpaksa kami tolak. Ada yang menerima bantuan menerusi inisiatif Kerajaan Negeri, manakala sebahagian lagi kami bantu melalui pejabat DUN," katanya dipetik laporan media.


Danial sebelumnya menjadi tetamu program SKOP Belanjawan Selangor 2027 terbitan Media Selangor.


Menerusi Belanjawan 2026, Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.23 bilion bagi melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.


Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.86 bilion atau 57.6 peratus diagih untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM1.37 bilion atau 42.4 peratus bagi pembangunan.


Sementara itu menurut Danial, pertambahan populasi susulan pembangunan perumahan baharu serta pelaksanaan Undi18 menyebabkan keperluan di kawasan seperti Batu Tiga terus meningkat.


Perkembangan itu sekali gus meningkatkan keperluan dana untuk bantuan, pembangunan komuniti dan penyelenggaraan infrastruktur awam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page