top of page

Kerajaan tidak halang beribadat, tetapi tidak boleh pacak binaan tanpa peraturan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read
PM Anwar tegaskan peraturan pembinaan rumah ibadat peerlu diikuti untuk elak sebarang masalah
PM Anwar tegaskan peraturan pembinaan rumah ibadat peerlu diikuti untuk elak sebarang masalah

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama untuk beribadat, termasuk pembinaan rumah ibadat namun semua pihak wajib mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.


Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang berlandaskan hukum dan undang-undang seharusnya dipatuhi oleh rakyat di negara ini.


"Seperti mana kuil-kuil Hindu.. sembahyanglah sebanyak mana dia nak pun, buat lah kuil mana pun tapi ikut peraturan.


"Tak boleh pacak kuil atau berhala di mana-mana tempat (itu) tak boleh.. (kena ikut) peraturan.


"Ada (pula) yang jawab surau di mana-mana boleh buat tak ikut peraturan. Itu tak betul, saya tahu dalam sejarah kita, surau di Perak pernah dirobohkan kerana melanggar peraturan.


"Jadi saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik dan kalau kita terus begini, negara tak akan aman, tak boleh tumpu dalam soal mahu membangun negara, soal nilai, pendidikan, soal (pembangunan) kecerdasan buatan (AI) dan soal program perubahan reformasi pendidikan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena perjumpaan bersama warga KDN di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Mengulas mengenai isu dakwah pula, Anwar berkata aktiviti dakwah tidak pernah dihalang, malah beliau sendiri pernah terlibat dalam gerakan sedemikian.


Bagaimanapun katanya, sebarang aktiviti termasuk dakwah tidak boleh dilakukan sehingga mengganggu lalu lintas atau ketenteraman awam.


"Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali, tetapi ikut peraturan," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page