top of page

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan warga angkatan tentera

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 3 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar bermesyuarat bersama Menteri Pertahaman dan pegawai tinggi ATM
DS Anwar bermesyuarat bersama Menteri Pertahaman dan pegawai tinggi ATM

Kerajaan MADANI komited memartabatkan kebajikan warga pertahanan negara dengan meletakkan kesejahteraan pegawai, anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai keutamaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan antara fokus utama kerajaan ketika ini ialah isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota ATM.


Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan Malaysia dan kepimpinan ATM di Wisma Perwira di Kuala Lumpur pada Selasa.


Dalam mesyuarat sama, beliau turut menerima taklimat berhubung beberapa keputusan strategik menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara, termasuk kesiapsiagaan menghadapi cabaran serta ancaman geostrategik yang semakin kompleks.


"Perbincangan ini amat mustahak bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam mendepani cabaran dan ancaman geostrategik yang semakin kompleks.


"ATM kekal sebagai benteng utama pertahanan negara dan simbol kedaulatan yang wajib dipelihara," katanya.


Mesyuarat kira-kira sejam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar serta Panglima Angkatan Tentera, Malek Razak Sulaiman.


Perdana Menteri kemudian menghadiri majlis tazkirah bersempena program Uhya Ramadan di Masjid Khalid Bin Al-Walid.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page