top of page

Tujuh pemuda berani terima penghargaan khas dari PM

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Feb 28
1 min read
PM beramah mesra menghargai keberanian tujuh pemuda menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil
PM beramah mesra menghargai keberanian tujuh pemuda menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penghargaan khas kepada tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Kundang, Selangor baru-baru ini.


Dalam pertemuan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya semalam, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi mendengar sendiri pengalaman mereka ketika menyelamatkan mangsa.


Beliau turut sekali gus menzahirkan rasa bangga dan memuji keberanian ditunjukkan mereka dengan menyifatkannya sebagai contoh nilai kemanusiaan tinggi dan semangat tanggungjawab sosial yang wajar dicontohi masyarakat.


Terdahulu media melaporkan, seorang ibu bersama dua anak kecil berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di Kundang.


Bagaimanapun, tindakan pantas tujuh pemuda yang berada di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan ketiga-tiga mangsa daripada lemas.


Mereka adalah, Mohd Shahrizal Jarami, 40; Mohamad Fahmi Ismail, 33; Adam Syah Reza Hendri, 19; Mohamad Zulfadhli Mohd Nasir, 23; Muhammad Aiman Hakimi Mohd Rosnizam, 23; Muhammad Nor Haiqal Abd Karim, 23, dan Hariz Ismat Ruzaiizan, 26.


"Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan sudah menyelamatkan tiga nyawa," kata Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page