top of page

Malaysia alu-alukan pengembangan Ant International, kukuh kerjasama AI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar (kanan) berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ant International, Peng Yang
DS Anwar (kanan) berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ant International, Peng Yang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Ant International, Peng Yang bersama delegasi syarikat itu dalam satu sesi perbincangan yang memfokuskan kepada kemajuan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia serta potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, perdagangan, teknologi dan pembangunan bakat, di Seri Perdana, Putrajaya semalam.


Menurut beliau, pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan mengenai tahap kesiapsiagaan Malaysia dalam memanfaatkan AI sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi digital negara.


"Perbincangan merangkumi tahap kemajuan penggunaan kecerdasan buatan di Malaysia selain bidang-bidang seperti pelancongan, perdagangan, teknologi dan bakat bagi syarikat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Ant Group yang bermula dengan perkhidmatan Alipay pada tahun 2004 merupakan syarikat multinasional berpangkalan di China, manakala Ant International yang beribu pejabat di Singapura ialah unit perniagaan antarabangsa di bawah Ant Group.


Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Khazanah Nasional Berhad merupakan pelabur utama serta rakan kongsi bagi Alibaba Group dan Ant Group, sekali gus mencerminkan hubungan strategik yang telah lama terjalin.


"Malaysia mengalu-alukan pengembangan perniagaan dan pengukuhan perkongsian Ant International dengan syarikat-syarikat Malaysia, selaras dengan kerangka mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi serta membina keupayaan tempatan dalam meningkatkan tahap ekonomi digital negara," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page