top of page

PM Anwar lancar Inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar melancarkan Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari
DS Anwar melancarkan Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari

Institusi masjid perlu terus diperkasakan sebagai pusat pembangunan ummah serta medan menyemai nilai ihsan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masjid tidak harus dilihat sekadar tempat ibadah, sebaliknya berperanan sebagai pusat penyatuan masyarakat dan pembangunan sahsiah.


"Saya senang bila ada tokoh-tokoh muda kita... tidak sibuk dalam isu-isu yang memecah-belahkan, sebaliknya menggunakan Ramadan dan Madrasah Ramadan untuk mengangkat darjat kemanusiaan dan keimanan kita, secara positif," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu ketika melancarkan inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan dan Majlis Berbuka bersama Perdana Menteri di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad.


Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli.


Inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan bertujuan menghubungkan institusi masjid dengan golongan belia melalui pendekatan lebih segar dan inklusif, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh.


Bakal dilaksanakan di setiap negeri serta 113 daerah di seluruh negara, ia disasar melibatkan 400 peserta kecuali di Perlis dan Labuan yang masing-masing 300 peserta, menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan di peringkat negeri sebanyak 5,800 orang.


Bagi peringkat daerah, sebanyak 130 peserta dijangka menyertai program itu, menjadikan jumlah keseluruhan 14,690 peserta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page