top of page

PM hadir rumah terbuka MCA, seru semangat kebersamaan, keterangkuman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read
PM Anwar disambut tarian singa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA
PM Anwar disambut tarian singa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association (MCA) yang berlangsung di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Menurut beliau, sambutan meriah yang diraikan bersama rakyat pelbagai kaum itu mencerminkan semangat kebersamaan dan keterangkuman, yang menjadi asas kekuatan negara.

PM Anwar bersama pemimpin UMNO dan MCA menggaul yee sang tanda kemakmuran Tahun Kuda
PM Anwar bersama pemimpin UMNO dan MCA menggaul yee sang tanda kemakmuran Tahun Kuda

“Sambutan meriah ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keterangkuman yang diraikan bersama rakyat pelbagai kaum,” katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau berkata, suasana penuh mesra dengan semangat kekeluargaan yang dizahirkan pada majlis tersebut mengukuhkan keyakinan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan rakyat menghormati perbezaan serta menjadikannya ruang untuk memperkukuh kefahaman antara satu sama lain.


Mengulas mengenai Tahun Kuda, beliau menjelaskan bahawa simbolik tahun tersebut membawa makna tenaga, ketangkasan dan kekuatan untuk terus mara ke hadapan.


“Tahun Kuda membawa makna tenaga, ketangkasan dan kekuatan untuk terus mara ke hadapan. Semangat ini wajar menjadi dorongan untuk kita bekerja lebih gigih, berani melakukan pembaharuan dan melangkah dengan keyakinan,” ujarnya.


Beliau turut berharap agar tahun ini membawa pencapaian yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan dan kemakmuran yang lebih adil dan menyeluruh buat seluruh rakyat Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page