top of page

Berita


PM tolak desakan pecat setiausaha politik
DS Anwar memberi komen media di pesawat sewa khas membawa beliau ke Afrika Selatan. Foto FB Anwar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak desakan mantan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli untuk memecat setiausaha politiknya yang dikaitkan dengan 'surat sokongan' ke atas projek pembinaan hospital di bawah Kementerian Kesihatan. Menurut Anwar, projek berkenaan tidak diberikan kepada kontraktor berdasarkan surat berkenaan dan beliau juga telah bertindak mengel

Suara Keadilan
Nov 21, 20252 min read


PM Anwar tiba di Afrika Selatan hadiri Sidang Kemuncak G20
PM Anwar tiba di Lapangan Terbang Johannesburg sebelum menghadiri Sidang G20 Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Johannesburg, Republik Afrika Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20 atas jemputan khas Presiden Matamela Cyril Ramaphosa. PM menyifatkan undangan itu sebagai tanda komitmen Afrika Selatan untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia berasaskan persahabatan yang erat dan aspirasi bersama dalam kerangka Negara-Negara Selat

Suara Keadilan
Nov 21, 20252 min read


Selepas 25 tahun, tidak perlu ulangi tohmahan kecederaan Anwar
Anwar pernah mengenakan 'neck brace' untuk tempoh lama sepanjang kecederaannya di penjara. Foto arkib Oleh: Akmal Manaf Selepas 25 tahun gerakan reformasi dan terpenjaranya tokoh reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalami beberapa kecederaan di dalam tahanan amat tidak wajar tohmahan sama diulang ulang sebagaimana tulisan Ummi Hafilda Ali dalam satu muat naik Facebooknya semalam. Tohmahan mengulang naratif lama kononnya Datuk Seri Anwar 'berlakon sakit' dibidas aktivis

Suara Keadilan
Nov 20, 20252 min read


PM mulakan lawatan ke Ethiopia, negara Afrika paling pesat membangun
DS Anwar melawat Muzium Sains Ethiopia diiringi rakan sejawatannya, PM Dr Abiy Ahmed Ali Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, memulakan siri lawatan rasminya ke Ethiopia dengan menerima sambutan mesra daripada rakan sejawatannya, PM Dr Abiy Ahmed Ali, yang turut memandu sendiri kenderaan membawa beliau sejurus tiba di ibu negara negara itu. Menurut Anwar, beliau dibawa melawat Muzium Sains Ethiopia, sebuah pusat pameran yang menampilkan sejarah pembangunan teknologi

Suara Keadilan
Nov 19, 20252 min read


Kerajaan berjaya kutip RM15 bilion hasil polisi anti-korupsi
Oleh: Akmal Manaf Kejayaan Kerajaan MADANI mengutip RM15.5 bilion dalam tempoh 2024 hingga 2025 melalui tindakan rampasan dan kutipan penalti oleh pihak berkuasa mencerminkan keberkesanan pelaksanaan reformasi institusi dan perundangan yang sedang digerakkan kerajaan. Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil sedemikian hanya dapat dicapai dengan adanya tekad politik. Beliau menegaskan, undang-undang, peraturan atau kelengkapan apa sekali pun tidak akan me

Suara Keadilan
Nov 18, 20251 min read


Kes rasuah Sabah belum ditutup, tindakan diambil jika bukti kukuh - PM
DS Anwar menjelas isu pendakwaan ke atas ahli politik Sabah yang terlibat isu rasuah di Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa siasatan berhubung video rasuah melibatkan ahli politik Sabah yang tular sebelum ini belum ditutup, malah tindakan terhadap mana-mana individu akan diteruskan sekiranya terdapat bukti kukuh mengikut proses undang-undang. Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Raky

Suara Keadilan
Nov 18, 20252 min read


PM dibenar guna kenderaan rasmi waktu kempen atas sebab sekuriti
DS Anwar menjelaskan kontroversi penggunaan kenderaan rasmi sewaktu kempen di Sabah di Dewan Rakyat Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan isu yang dibangkitkan pembangkang berhubung dirinya menggunakan aset kerajaan iaitu pesawat dan kereta rasmi ketika berkunjung ke Sabah baru-baru ini bagi menyertai kempen Pakatan Harapan (PH). Anwar menegaskan, dalam peraturan kerajaan, seseorang PM atau menteri diberi kelonggaran untuk mengguna

Suara Keadilan
Nov 18, 20251 min read


Jamawi komited tawar pembangunan tersusun di DUN Melalap
DS Anwar dalam majlis Rahmah Mesra PM Sayang Sabah bersama Datuk Jamawi di DUN Melalap, semalam Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan komitmennya untuk membawa agenda pembangunan lebih tersusun di kawasan itu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17. Menurut Jamawi, empat daripada lapan aku janji dalam manifestonya — termasuk usaha memperkasa belia — telah menerima persetujuan awal Perdana

Suara Keadilan
Nov 17, 20251 min read


PMX pemimpin berani selesaikan isu 40% hasil Sabah
Oleh: Hasbul Ahmad Keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pengembalian 40% hasil bersih yang dikutip Persekutuan di Sabah adalah langkah bersejarah dalam hubungan Persekutuan–Sabah sejak termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Herbert Roger menegaskan bahawa hanya PMX yang benar-benar berani untuk menyelesaikan tuntutan be

Suara Keadilan
Nov 16, 20252 min read


Kempen PH tumpu rekod kerajaan Madani, rundingan 40% mula Isnin - PM
Ceramah DS Anwar mendapat sambutan menggalakkan dalam kempen PRN Sabah bermula di DUN Inanam Oleh: Helmi Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perundingan rasmi mengenai pemberian 40 peratus hasil Sabah akan dimulakan pada Isnin ini. Perdana Menteri menegaskan matlamat kerajaan adalah melaksanakan pemberian tersebut selepas kadarnya dipersetujui oleh Persekutuan dan Negeri. "Kerajaan Madani telah menaikkan Pemberian Khas Sabah kepada RM600 juta, tertinggi dalam sejarah. "...k

Suara Keadilan
Nov 16, 20252 min read


PMX hubungi Presiden AS, PM Kemboja tamatkan ketegangan di sempadan
PMX dalam perbuatan telefon bersama Presiden AS, Trump, menerangkan situasi terkini di sempadan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan dua siri perbincangan diplomatik penting melibatkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet bagi menangani perkembangan terbaharu di sempadan Kemboja–Thailand. Menurut Anwar, beliau dan Presiden Trump bertukar pandangan mengenai situasi keselamatan

Suara Keadilan
Nov 15, 20252 min read


Usah rosak hubungan Sabah - Persekutuan dengan politik sempit
Oleh: Noraini Nordin ULASAN BERITA: Khamis lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang mewakili Kerajaan MADANI telah pun membuat penjelasan berkaitan isu hak 40 peratus hasil pemulangan cukai kepada Sabah di Parlimen. Penjelasan yang amat jelas dan sewajarnya `ngok ngek atau soksek ‘ sudah wajar berhenti. Tidak wajar dipanas-panaskan lagi untuk membakar hati sendiri atau kerana politik sempit yang bertujuan menggugat keharmonian antara Sabah dan Kerajaan Perse

Suara Keadilan
Nov 14, 20252 min read


Deklarasi damai Thai-Kemboja terancam: PMX hubungi PM Thailand, Kemboja
DS Anwar berbincang bersama PM Thialand-Kemboja bagi menyelesaikan masalah ketegangan di sempadan Insiden terbaharu di sempadan Thailand-Kemboja yang dianggap boleh menggugat deklarasi damai yang ditandatangani di Kuala Lumpur Oktober lalu segera ditangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan kejadian yang lebih serius. Melalui muat naik di Facebook beliau memaklumkan telah berhubung melalui telefon dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Per

Suara Keadilan
Nov 14, 20252 min read


Sabah terima peruntukan tertinggi, bekalan air, elektrik dibantu - PM
DS Anwar menegaskan peruntukan tertinggi untuk Sabah dalam sesi PMQT di Dewan Rakyat Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya Kerajaan MADANI mengabaikan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Beliau menegaskan, Sabah adalah negeri yang tertinggi menerima peruntukan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan dengan jumlah sebanyak RM17 bilion berbanding negeri-negeri lain. "Pandangan kita abaikan itu tidak tepat. I

Suara Keadilan
Nov 13, 20251 min read


40% cukai: Kerajaan Persekutuan mulakan perbincangan teknikal dengan Sabah
DS Anwar menjawab isu 40 peratus hasil cukai Sabah dalam sesi PMQT di Dewan Rakyat Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu kerajaan pimpinannya dianggap melengah-lengahkan proses perundingan bersama Kerajaan Sabah susulan pihaknya memutuskan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40 peratus ke atas negeri berkenaan. Beliau memaklumkan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan kini telah menulis surat kepad

Suara Keadilan
Nov 13, 20252 min read


Pas tiada hala tuju ekonomi, anjur ‘Turun Anwar 2.0’ mainan politik sempit
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil (gambar) , menyelar cadangan Pas untuk menganjurkan demonstrasi “Turun Anwar 2.0”, dengan menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab serta bukti bahawa parti itu tidak mempunyai halatuju ekonomi yang jelas. Menurut beliau, tindakan Pas yang mempolitikkan isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat hanyalah cubaan sempit untuk menghasut rakyat dan menggugat keyakinan t

Suara Keadilan
Nov 13, 20252 min read


Kereta elektrik pertama Perodua jadi agenda nasional - PM
DS Anwar berucap pada Sesi Lawatan dan Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Perodua di Ibu Pejabat Perodua Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera tempatan pada hujung November ini, menjadikannya satu agenda nasional di bawah aspirasi kerajaan untuk memperkukuh industri automotif negara. Perdana Menteri berkata langkah itu bukan sekadar pe

Suara Keadilan
Nov 11, 20252 min read


RM15 bilion hasil penalti, rampasan SPRM, LHDN dimasuk ke dana konservatif
DS Anwar menjelaskan hasil rampasan, penalti dimasukkan ke akaun kerajaan bagi belanjawan tahunan Oleh: Akmal Manaf Kesemua wang hasil rampasan dan kutipan penalti melalui agensi penguatkuasa antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam Diraja Malaysia telah dimasukkan ke dalam dana konservatif. Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan membelanjakan wang berkenaan mengikut takrifan belanjawan

Suara Keadilan
Nov 11, 20252 min read


Perjanjian Damai Thai-Kemboja: 'Kita jadi penyelaras, tidak tentukan hala tuju' - PM
Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak akan ‘mengambil pusing’ terhadap kenyataan pegawai tentera Thailand, Rangsi Kitiyansap, yang dikatakan mengkritik beliau berkaitan Perjanjian Damai antara Thailand dan Kemboja. Anwar menegaskan, syarat perjanjian tersebut bukanlah hasil keputusannya sendiri, sebaliknya beliau hanya bertindak membantu dalam proses penyelarasan. "Soal Jeneral (Thailand) itu tidak bersetuju

Suara Keadilan
Nov 11, 20252 min read


Tiada pertembungan PH hadapi BN-GRS, peluang menang cerah
DS Anwar mengumumkan calon KEADILAN bagi menghadapi cabaran PRN Sabah ke 17 Oleh: Noraini Nordin Sorotan PRN Sabah ke 17: Akhirnya terjawab sudah persoalan siapakah calon-calon yang dipilih untuk mewakili KEADILAN dalam Pilihan Raya Sabah kali ini. KEADILAN semalam telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRN Sabah, 29 November depan. Parti KEADILAN akan bertanding di 10 kerusi Dun setelah melakukan rundingan yang teliti dengan UMNO/BN serta GRS. Senarai 10 ca

Suara Keadilan
Nov 10, 20252 min read
bottom of page





