top of page

Kes rasuah Sabah belum ditutup, tindakan diambil jika bukti kukuh - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 18, 2025
  • 2 min read
DS Anwar menjelas isu pendakwaan ke atas ahli politik Sabah yang terlibat isu rasuah di Parlimen
DS Anwar menjelas isu pendakwaan ke atas ahli politik Sabah yang terlibat isu rasuah di Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa siasatan berhubung video rasuah melibatkan ahli politik Sabah yang tular sebelum ini belum ditutup, malah tindakan terhadap mana-mana individu akan diteruskan sekiranya terdapat bukti kukuh mengikut proses undang-undang.


Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Ahmad Fadhli Shaari [Pas-Pasir Mas] yang bertanya soalan mengenai rasuah di Sabah dan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang setakat ini baharu mendakwa tiga orang.


"Saya sendiri tonton dan saya sendiri anggap video itu hujahnya kuat untuk siasat. Yang siasat SPRM. Menurut keterangan SPRM dan dirujuk kepada Peguam Negara, setakat ini, ini kes jenayah, tidak ada time limitation. Pasir Mas kena sabar kerana setakat ini tiga didakwa. Tidak dilepaskan semua yang lain," katanya.


Mengulas mengapa hanya tiga individu terlibat didakwa setakat ini, Anwar menjelaskan ia bergantung kepada kekuatan bukti.


"Kenapa didakwa tiga? Kerana bagi mereka compailing case alasan dan bukti yang kukuh. Sekarang ini masih ada video keluar di media satu, dua. Itu tidak pernah ditutup."


Beliau turut menjelaskan kenyataannya sebelum ini telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu.


"Saya tidak mahu mengarahkan mesti dakwa berdasarkan video, saya tidak boleh. Ini diputarbelitkan kenyataan saya di Sabah. Dia kata Anwar menggunakan alasan ini," ujarnya


Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah melindungi mana-mana individu, termasuk daripada parti gabungan pemerintah.


"Adakah kerana orang ini kononnya parti bersama, dua yang didakwa itu parti kerajaan. Orang parti Kerajaan Perpaduan. jadi bukan kita lindungi.


Tetapi apa harus PM lakukan, beri arahan yang kukuh. jangan kecualikan sesiapa. Bukti yang kuat, itu pertama. Apakah lain akan didakwa kemudian? Itu saya tidak tahu. Pokoknya belum ditutup kes mereka dari maklumat yang sampai kepada saya.


Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengulas isu melibatkan setiausaha politiknya berhubung surat sokongan projek pembinaan hospital.


"Dia membuat (sokongan) dan saya telah memberi teguran yang keras kerana peraturan kita tidak membolehkan. Kalau ada surat dari saya, ‘sila teliti’, itu standard. Tetapi tidak boleh buat sokongan," katanya.


Anwar menegaskan bahawa integriti pentadbiran kerajaan perlu dipelihara dan sebarang bentuk pelanggaran prosedur tidak akan dikompromi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page