Jamawi komited tawar pembangunan tersusun di DUN Melalap
- Suara Keadilan

- Nov 17, 2025
- 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan komitmennya untuk membawa agenda pembangunan lebih tersusun di kawasan itu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Menurut Jamawi, empat daripada lapan aku janji dalam manifestonya — termasuk usaha memperkasa belia — telah menerima persetujuan awal Perdana Menteri dan bakal segera diperincikan sekiranya PH memenangi kerusi berkenaan.
"Jika kami diberikan kemenangan, ia akan segera dilaksanakan demi kesinambungan pembangunan Melalap, termasuk pembangunan pekan, perniagaan dan perumahan," katanya dipetik.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Rahmah Mesra PM Sayang Sabah bersama masyarakat Melalap semalam.
Jamawi berdepan saingan tujuh penjuru di DUN Melalap yang terletak dalam Parlimen Tenom.
Berpengalaman luas dalam politik dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong dari 2018 hingga 2020 sebelum bertanding di Melalap dalam pilihan raya berikutnya, Jamawi juga dikenali melalui penglibatan aktifnya di media sosial dan sering berkongsikan input mengenai pertanian.
Kemampuan Jamawi baru-baru ini turut diakui Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang yakin, pengalaman Jamawi mampu memberi impak positif kepada rakyat di kawasan tersebut.
"Kita yakin beliau dapat memperkukuh pembangunan asas termasuk jalan raya, bekalan air, pendidikan serta membuka peluang ekonomi baharu kepada belia," katanya.









Comments