top of page

Kempen PH tumpu rekod kerajaan Madani, rundingan 40% mula Isnin - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 16, 2025
  • 2 min read

Ceramah DS Anwar mendapat sambutan menggalakkan dalam kempen PRN Sabah bermula di DUN Inanam
Ceramah DS Anwar mendapat sambutan menggalakkan dalam kempen PRN Sabah bermula di DUN Inanam

Oleh: Helmi Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perundingan rasmi mengenai pemberian 40 peratus hasil Sabah akan dimulakan pada Isnin ini.


Perdana Menteri menegaskan matlamat kerajaan adalah melaksanakan pemberian tersebut selepas kadarnya dipersetujui oleh Persekutuan dan Negeri.


"Kerajaan Madani telah menaikkan Pemberian Khas Sabah kepada RM600 juta, tertinggi dalam sejarah.


"...kita nyatakan dengan jelas bahawa kadar ini hanyalah sementara kerana matlamat kita adalah melaksanakan pemberian berdasarkan 40 peratus hasil, selepas kadarnya dipersetujui oleh Persekutuan dan Negeri," katanya dalam hantaran di Facebook.


Semalam Perdana Menteri menjelaskan perkara tersebut ketika berucap pada program Ceramah Perdana Harapan Orang Sabah di Inanam.


Peguam Negara dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan Kerajaan Persekutuan tidak menfailkan rayuan berkait isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah sebaliknya berbuat demikian bagi perkara berkaitan kekhilafan alasan kehakiman.


Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menyebut, Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah menyalahi guna kuasa dan melanggar perlembagaan.


Perdana Menteri menjelaskan langkah yang diambil kerajaan dalam menunaikan pemberian 40 peratus hasil Sabah itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Justeru itu, beliau menyatakan rekod kerja yang dilakukan keraiaan selama mentadbir sepanjang tempoh tiga tahun sejak 2022 menjadi tumpuan kempen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


Anwar yang juga Pengerusi PH berkata sebanyak sembilan daripada 13 tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah ditunaikan dalam tempoh tersebut, satu pencapaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


Tambah beliau sekitar RM15 bilion telah diperuntukkan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kenaikan gaji penjawat awam tertinggi dalam sejarah telah dilaksanakan buat pertama kali selepas 12 tahun dan gaji minimum ditingkat kepada RM1,700.


"... semua ini memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah," jelas beliau.


Perdana Menteri menekankan bahawa sekarang rakyat Sabah perlu mempersoalkan wakil-wakil rakyat terutama yang pernah menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Menteri.


"Apa sebenarnya yang kalian lakukan ketika berkuasa, selain membiarkan rakyat kamu terus bergelut dengan masalah asas seperti air, elektrik dan jalan raya?" soal Anwar.


Beliau percaya orang Sabah cukup bijak untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar mahu bekerja menyelesaikan masalah warisan ini dan bukan mereka yang hanya sibuk mengaut kekayaan untuk diri sendiri.


"Pilihlah calon yang membawa harapan buat orang Sabah,"


Bagi PRN Sabah ke-17, PH tampil dengan kekuatan jenteranya bagi mempertahankan kerusi DUN Inanam melalui calonnya, Peto Galim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page