top of page

PMX pemimpin berani selesaikan isu 40% hasil Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 16, 2025
  • 2 min read

Oleh: Hasbul Ahmad


Keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pengembalian 40% hasil bersih yang dikutip Persekutuan di Sabah adalah langkah bersejarah dalam hubungan Persekutuan–Sabah sejak termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Herbert Roger menegaskan bahawa hanya PMX yang benar-benar berani untuk menyelesaikan tuntutan berlarutan lebih 50 tahun itu, berbeza dengan pentadbiran terdahulu yang menurutnya “tidak pernah memberikan komitmen sebenar.”


"PMX saja yang berani runding. Yang lain semua mula tapi tidak pernah selesai. Dari 1976 sampai sekarang, berapa banyak Sabah dapat?


"Tapi PMX yang baru beberapa tahun memerintah sudah beri RM600 juta terus kepada Sabah," kata Herbert kepada Suara Keadilan.


Herbert menyifatkan keputusan tidak merayu serta komitmen pembayaran semula kepada Sabah sebagai pengiktirafan terhadap prinsip keadilan dalam pentadbiran MADANI.

Herbert Roger
Herbert Roger

"Ini konsep keadilan. PMX bukan saja runding, dia naikkan peruntukan Sabah. RM600 juta itu bukti.


"Belum termasuk bantuan-bantuan lain yang rakyat dapat setiap bulan. Itu yang orang kampung nampak.


"Kira-kira 60 peratus penduduk luar bandar di kawasan pedalaman seperti Tenom dan Melalap merasai terus manfaat bantuan sara hidup, sokongan kepada petani dan kenaikan peruntukan pembangunan," ujarnya.


Dalam pada itu Herbert menegaskan rakyat Sabah tidak perlu terpengaruh dengan naratif sempit pembangkang kerana PMX sudah menetapkan hala tuju jelas penyelesaian 40 peratus hasil negeri.


"Perdana Menteri sudah buktikan tindakan. RM600 juta dah dikreditkan. Rundingan tambahan diteruskan.


"Bila isu ini selesai secara teratur, rakyat Sabah akan lihat sendiri manfaatnya," katanya.


Beliau yakin langkah bersejarah Kerajaan MADANI menghormati keputusan mahkamah dan mempercepat pelaksanaan MA63 akan menjadi asas baharu hubungan Sabah–Persekutuan yang lebih adil, stabil dan berpaksikan pembangunan rakyat.


Dalam pada itu, Herbert berkata, pembangkang di Sabah sengaja memutarbelitkan isu 40 peratus ini untuk mencetuskan persepsi negatif terhadap Kerajaan Persekutuan, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi itu sebenarnya memihak kepada negeri.


Beliau menambah, parti pembangkang di Sabah cuba menggunakan isu berkenaan untuk kepentingan politik sempit, walaupun realitinya penyelesaian struktur fiskal Sabah hanya boleh dilakukan melalui meja rundingan Persekutuan–Negeri.


"Pembangkang cuma pandai tanya ‘bila bayar 40 peratus?’. Mereka buat naratif untuk pecahkan kerjasama.


"Padahal PMX lah yang teruskan rundingan dan tidak merayu keputusan mahkamah," tegasnya.


Dalam pada itu, Herbert turut menegur Kerajaan Negeri Sabah yang menurutnya kurang membuat hebahan mengenai peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan.


"Banyak peruntukan Persekutuan tidak diwar-war di akar umbi. Bila buat Rumah Mesra SMJ (Sbah Maju Jaya)  atau projek pembangunan, sepatutnya dijelaskan ia hasil kerjasama Persekutuan dan negeri," ujarnya lanjut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page