top of page

Berita


Anwar santuni komuniti India bersama PM Modi, perkukuh hubungan dua hala
DS Anwar menghargai komuniti India dalam ucapannya di Mines International Exhibition and Convention Centre Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menyantuni komuniti India bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu pertemuan yang berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Kuala Lumpur semalam. Menurut Anwar, lawatan Modi mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan India yang bukan sekadar terjalin melalui

Suara Keadilan
24 hours ago1 min read


Narendra Modi puji ketajaman intelektual, kewibawaan PM Anwar
DS Anwar bersama PM Modi menemui komuniti India di Mines International Exhibition and Convention Centre Perdana Menteri India, Narendra Modi, memuji komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam melaksanakan agenda pembaharuan Malaysia. Dalam ucapan kepada komuniti India di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada Sabtu, Modi turut menyatakan rasa kagum atas ketajaman intelektual dan kewibawaan Anwar ketika menerajui Malaysia sebagai Penge

Suara Keadilan
1 day ago1 min read


Isu kuil: Kerajaan ambil tindakan maksimum pihak gugat keselamatan negara
Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu keselamatan negara susulan isu kuil yang dibangkitkan kebelakangan ini. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan jelas telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, termasuk kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bagi memastikan keadaan kekal terkawal. "Sebab itu semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri saya beri arahan tegas. Menter

Suara Keadilan
2 days ago2 min read


Ketegasan PMX Perangi Rasuah, Tidak Pilih Bulu Disanjungi Rakyat
DS Anwar sentiasa fokus memerangi rasuah bagi memastikan dana negara digunakan sebaik baiknya Oleh: Noraini Nordin ULASAN BERITA: Keseriusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah, menghentikan ketirisan dan mengangkat aspek tatakelola dalam pentadbiran Kerajaan MADANI memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Sudah terlalu kerap PMX bercakap mengenai jenayah rasuah ini bahkan tidak dinafikan beliau adalah Perdana Menteri yang paling lantang sekali b

Suara Keadilan
2 days ago3 min read


Malaysia kekal di landasan pertumbuhan ekonomi, teruskan reformasi - Anwar
Oleh: Helmi Foad Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan dan inklusif melalui pelaksanaan reformasi berterusan serta pengukuhan integriti tadbir urus supaya manfaat ekonomi benar-benar dirasai oleh rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi tidak boleh dinilai berdasarkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peningkatan kualiti kehidupan sehar

Suara Keadilan
4 days ago2 min read


Jamin pendidikan tinggi "semurah mungkin", bantu pelajar miskin
DS Anwar menjanjikan pendidikan semurah mungkin, terutama bagi golongan kurang kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi lebih mampu milik dan menyokong institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) termasuk Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT). Perdana Menteri berkata kerajaan sedang menimbang memberi pendidikan percuma secara berperingkat khususnya kepada pelajar kurang berkemampuan. "Kalau

Suara Keadilan
5 days ago1 min read


'Obses jadi PM bukan satu kesalahan'
Obses untuk menjadi Perdana Menteri (PM)tidak menjadi satu kesalahan dalam sistem demokrasi, kata mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (gambar) . Menurut beliau, keinginan untuk memimpin negara tidak seharusnya dijadikan bahan persepsi, lebih-lebih lagi jika hal itu selari dengan kehendak majoriti rakyat. "Obses menjadi PM bukanlah satu kesalahan," kata beliau dalam muat naik di media sosial. Beliau menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahi

Suara Keadilan
5 days ago1 min read


PM Anwar puji usaha Johor pelihara aset warisan negeri
PM Anwar dan isteri mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasakan tarikan pelancongan di negeri itu. Menurut beliau, inisiatif yang dilaksanakan selari dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026). "Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping mem

Suara Keadilan
6 days ago1 min read


Anwar nafi sebarang kaitan dengan Jeffrey Epstein
Oleh: Azuan Ab Rahman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebarang kaitan dengan ahli kewangan kontroversi Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein. Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau hanya dimaklumkan baru-baru ini mengenai dakwaan ada pihak luar yang kononnya mahu mengatur pertemuan dengan beliau. "Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam emel membabitkan kes Epstein. "Alhamdulillah, dah bel

Suara Keadilan
Feb 21 min read


Thaipusam: Perkukuh keharmonian, junjung adab, nilai - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu yang meraikannya di negara ini. Dalam satu perutusan, beliau berkata Thaipusam membawa makna mendalam berkaitan pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual yang wajar dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia. "Thaipusam sarat dengan makna pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual. Nilai kesabaran, disiplin dan ketekunan yang dizahirkan sepanjang ibadat i

Suara Keadilan
Feb 11 min read


Dakwaan serah 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tiada asas, tohmahan
DS Anwar menegaskan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan menyerahkan 5,000 hektar tanah Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah kepada kerajaan Indonesia disifatkan sebagai tidak berasas dan bermotifkan politik. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tuduhan tersebut dibuat tanpa fakta yang tepat dan hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat. "Pembangkang ini guna kebebasan bercakap untuk merapu dan berbohong. Guna Islam, guna n

Suara Keadilan
Jan 301 min read


Keberanian PM tegur pegawai tinggi cerminkan kepimpinan sejati
Oleh: Helmi Foad Keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kepimpinan tertinggi agensi penguatkuasaan secara terbuka mencerminkan kepimpinan sejati, khususnya selepas sekian lama masyarakat menzahirkan keraguan terhadap tahap integriti, akauntabiliti dan keberkesanan institusi berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong (gambar) berkata pendirian tegas Perdana Menteri itu merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan tidak lagi bertolak

Suara Keadilan
Jan 302 min read


PM gesa AS-Iran redakan ketegangan demi keamanan global
Oleh: Azuan Ab Rahman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran agar segera meredakan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara. Menurut beliau, keadaan geopolitik di Timur Tengah sememangnya rapuh dan sebarang peningkatan retorik serta penempatan aset ketenteraan hanya akan mengecilkan ruang rundingan yang amat diperlukan ketika ini. "Sebarang konfrontasi antara Washington dan Tehran akan membawa padah kepada seluruh Timu

Suara Keadilan
Jan 281 min read


Darjah satu usia enam tahun: Kerajaan persiap guru, peruntukan
Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan persediaan kerajaan berhubung isu kemasukan murid Darjah Satu berusia enam tahun yang kini menjadi perbualan hangat. Anwar menegaskan, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan termasuk guru-guru bagi mendepani fasa baharu itu. "Kemudahan disediakan, guru disediakan, nak kata sempurna semua.. mungkin tidak.. negara kita tidak boleh ketinggalan, negara lain dah buat. "Ada persiapan daripada pi

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Nilai perdagangan tertinggi RM3 trilion hasil lonjakan eksport - PM
DS Anwar menjelaskan mengenai lonjakan eksport bagi 2025 di Dewan Rakyat, pagi tadi Oleh: Akmal Manaf Malaysia mencipta sejarah perdagangan pada tahun lalu apabila merekodkan nilai perdagangan tertinggi pernah dicapai sebanyak RM3.061 trilion, didorong lonjakan eksport RM45.4 bilion ke lebih 240 pasaran dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri (PM) berkata, nilai eksport berjumlah RM45.4 bilion yang direkodkan negara adalah hasil hubungan perdagangan dengan beber

Suara Keadilan
Jan 271 min read


PM gesa KKM perluas sumber ubat generik untuk rakyat
DS Anwar berucap ketika merasmikan bangunan baharu Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang Oleh: Azuan Ab Rahman Kementerian Kesihatan (KKM) digesa memperluas sumber ubat generik yang berpatutan melalui penerokaan pembekalan antarabangsa. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi mengekang kos rawatan serta melindungi kepentingan rakyat selaras dengan usaha memperkukuh sistem kesihatan awam negara. Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau turut meneg

Suara Keadilan
Jan 251 min read


Pelaksanaan segera projek pembangunan, kebajikan rakyat diutamakan - PM
DS Anwar mempengerusikan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan untuk memastikan pelaksanaan projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat dilaksanakan secara segera, berkesan dan menyeluruh agar manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat pelbagai kaum dalam jangka masa panjang. Menurut beliau, perkara itu ditegaskan dalam perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Unit Penyelarasan Pelaks

Suara Keadilan
Jan 221 min read


Dasar Industri Pertahanan pertingkatkan teknologi persenjataan negara
DS Anwar pada Majlis Pelancaran Dasar Industri Pertahanan (DIPN) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di ibu negara. Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu melibatkan segelintir individu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak seharusnya mencoreng imej dan reputasi keseluruhan pegawai dan anggota di semua peringkat yang telah berkhidmat dengan baik. Beliau berkata, meskipun kes berkenaan masih dalam siasatan

Suara Keadilan
Jan 212 min read


Tingkatan 6, Matrikulasi diiktiraf sebagai pendidikan tinggi
DS Anwar melancarkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, semalam Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti melibatkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan pelajar yang mengikuti sistem pendidikan berkenaan secara rasmi akan dikategorikan sebagai pelajar pendidikan tinggi. "Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih seluruh sistem pend

Suara Keadilan
Jan 211 min read


BM, sejarah mata pelajaran wajib, tiada lagi jurang aliran sekolah
DS Anwar berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 di Putrajaya Kerajaan menegaskan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah kekal sebagai asas penyatuan sistem pendidikan negara apabila semua aliran sekolah tanpa pengecualian diwajibkan mengambil kedua-dua subjek tersebut dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketetapan itu terpakai kepada semua sistem persekolahan termasuk sekolah antarabangsa, sekola

Suara Keadilan
Jan 202 min read
bottom of page





