top of page

PM Anwar puji usaha Johor pelihara aset warisan negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
PM Anwar dan isteri mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor
PM Anwar dan isteri mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasakan tarikan pelancongan di negeri itu.


Menurut beliau, inisiatif yang dilaksanakan selari dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026).


"Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Beliau berkata, muzium berkenaan menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi, selain dikelilingi landskap yang terpelihara dan menarik.


Bersempena TMK2026, Kerajaan Negeri menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong tahun ini dengan kutipan hasil dijangka melebihi RM42 bilion.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page