top of page

PM gesa KKM perluas sumber ubat generik untuk rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 25
  • 1 min read

DS Anwar berucap ketika merasmikan bangunan baharu Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang
DS Anwar berucap ketika merasmikan bangunan baharu Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Kesihatan (KKM) digesa memperluas sumber ubat generik yang berpatutan melalui penerokaan pembekalan antarabangsa.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi mengekang kos rawatan serta melindungi kepentingan rakyat selaras dengan usaha memperkukuh sistem kesihatan awam negara.


Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau turut menegaskan ia sebagai sebahagian usaha mengelakkan kebergantungan kepada sumber pembekalan ubat berharga tinggi.


"Budaya lapuk yang membenarkan monopoli perolehan ubat mesti ditamatkan.


"KKM harus berani meneroka alternatif baharu dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber berkos tinggi dari Amerika Syarikat dan Eropah semata-mata," katanya.


Terdahulu, perdana menteri merasmikan bangunan baharu Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang.


Pembukaan bangunan baharu itu bagi memperkukuh kapasiti perkhidmatan kesihatan di Seberang Perai dan kawasan sekitar, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan mutu rawatan lebih berkesan, segera dan dekat dengan rakyat.


Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri turut menyeru rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula.

Beliau berkata tabiat pemakanan tidak sihat khususnya pengambilan gula yang tinggi menjadi antara punca utama peningkatan masalah kesihatan awam terutama diabetes, sekali gus memberi tekanan kepada sistem perubatan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page