top of page

Thaipusam: Perkukuh keharmonian, junjung adab, nilai - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu yang meraikannya di negara ini.


Dalam satu perutusan, beliau berkata Thaipusam membawa makna mendalam berkaitan pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual yang wajar dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.


"Thaipusam sarat dengan makna pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual. Nilai kesabaran, disiplin dan ketekunan yang dizahirkan sepanjang ibadat ini wajar dihormati dan dihargai bersama," katanya.


Beliau berharap sambutan perayaan tersebut dapat dilaksanakan dalam suasana penuh kesyukuran serta tertib, dengan menjunjung tinggi nilai adab dalam kehidupan bermasyarakat.


"Semoga Thaipusam dapat dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan tertib, sambil sentiasa menjunjung adab serta nilai yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat," ujar beliau.


Menurut Anwar, ketertiban dan keharmonian yang dizahirkan setiap kali upacara keagamaan serta sambutan budaya di Malaysia mencerminkan kekuatan masyarakat majmuk negara ini.


"Hidup bersama dalam perbezaan bukan sesuatu yang asing, tetapi realiti yang telah lama membentuk jati diri Malaysia," katanya.


Beliau turut mendoakan agar Thaipusam membawa ketenangan jiwa kepada penganut Hindu serta terus menyemai semangat saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.


"Semoga Thaipusam membawa ketenangan jiwa buat seluruh penganut Hindu, serta terus menyuburkan rasa saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page