top of page

Isu kuil: Kerajaan ambil tindakan maksimum pihak gugat keselamatan negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 2 min read

Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu keselamatan negara susulan isu kuil yang dibangkitkan kebelakangan ini.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan jelas telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, termasuk kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bagi memastikan keadaan kekal terkawal.


"Sebab itu semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri saya beri arahan tegas. Menteri Dalam Negeri ada dan bagi mesej kepada Ketua Polis Negara


"Nak bagi pandangan (isu kuil) boleh, nak bagi kritikan boleh, ini negara bebas. Tetapi kalau kamu ganggu gugat keselamatan negara dan cuba persulitkan keselamatan dalam keadaan ada tetamu negara kita (lawatan Perdana Menteri India), percayalah saya akan ambil tindakan maksimum, tangkap dan humban mereka," tegasnya dalam ucapan di Konvensyen KEADILAN Selangor 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.


Beliau turut mengingatkan bahawa kebebasan bersuara tidak memberi ruang untuk sesiapa bertindak melampaui undang-undang.


"Kamu guna kebebasan cakap apa nak cakap. Saya ingat kawan kawan kita baik Melayu atau India. Nak buat masjid bantu, nak dakwah, silakan.


"India kawasan dia, jangan ganggu kawasan orang. Tetapi jangan hasut sampai benci satu sama lain. Jangan langgar prinsip undang undang. Kamu bukan hakim, bukan Ketua Polis. Kamu nak ambil alih Ketua Polis kami akan tangkap kamu," katanya.


Dalam pada itu, Anwar menyeru rakyat pelbagai kaum agar terus memelihara semangat perpaduan dan saling menghormati.


"Tanggungjawab kita pertama keselamatan negara. Melayu, rakyat kita, Cina, India kita rangkul. Tunjuk kasih sayang," ujarnya.


Beliau menjelaskan bahawa bantahan terhadap sesuatu isu boleh dibuat melalui saluran yang sah, namun tidak wajar sehingga menimbulkan ketegangan kaum.


Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan tidak menyokong pembinaan mana-mana rumah ibadat yang tidak mematuhi peraturan, sama ada kuil, masjid, surau atau gereja.


"Saya tidak setuju dengan percambahan kuil tidak ikut peraturan, sama seperti masjid, surau atau gereja. Tetapi jangan timbul permusuhan, jangan langgar peraturan," katanya.


Beliau turut mengingatkan bahawa terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan meniupkan sentimen perkauman bagi melemahkan negara.


"Musuh politik akan guna apa sahaja cara. Soal rakyat India, Cina, Melayu, Sabah, Sarawak digunakan untuk meniupkan permusuhan dan melemahkan semangat kita," ujarnya.


Mengulas mengenai kestabilan politik dan pelaburan, Anwar berkata keyakinan pelabur tidak datang secara automatik, sebaliknya hasil dasar jelas dan komitmen terhadap prinsip negara hukum.


"Itu bukan sekonyong konyong. Orang yakin negara ini negara hukum. Tak boleh sakau, sebab itu pelaburan diberi sambutan luar biasa," katanya.


Beliau menyeru semua pihak agar merenung pilihan masa depan dan tidak membiarkan sentimen sempit merosakkan kestabilan serta kemajuan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page