top of page

Anwar nafi sebarang kaitan dengan Jeffrey Epstein

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 2
1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebarang kaitan dengan ahli kewangan kontroversi Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein.


Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau hanya dimaklumkan baru-baru ini mengenai dakwaan ada pihak luar yang kononnya mahu mengatur pertemuan dengan beliau.


"Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam emel membabitkan kes Epstein.


"Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam e-mel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel itu, terutama Epstein," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.


Penjelasan itu dibuat bagi menjernihkan kekeliruan serta menangkis cubaan mengaitkan beliau dengan isu sensitif di peringkat antarabangsa.


Isu ini tercetus apabila nama Anwar tersenari dalam satu set dokumen yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan kes Epstein.


Bagaimanapun, beliau tidak dikaitkan dengan sebarang dakwaan salah laku, sebaliknya hanya disebut dalam konteks perbincangan politik dan potensi ekonomi.


Seseorang individu yang identitinya tidak didedahkan menerusi satu email kepada Epstein pada Febuari 2012 mencadangkan agar diatur satu pertemuan antara Anwar dan seorang individu dikenali sebagai “Jes” yang dipercayai merujuk kepada Jes Staley, ketua pegawai eksekutif bahagian perbankan pelaburan JP Morgan.


Individu tersebut mendakwa secara spekulatif bahawa sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, ia berpotensi membuka peluang kepada institusi kewangan terbabit.

1 Comment


Aman Rajput
Sep 16

Accessing an existing account usually requires the correct registered information. Jalwa Login is searched by users who want basic details about signing in or dealing with an access problem. If the credentials are rejected, checking for typing mistakes is a sensible first step. Users can also refresh the page if there is a temporary loading issue. Anyone looking for jalwa login information should keep their password confidential and use the proper recovery option if regular access does not work.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page