'Obses jadi PM bukan satu kesalahan'
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Obses untuk menjadi Perdana Menteri (PM)tidak menjadi satu kesalahan dalam sistem demokrasi, kata mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (gambar).
Menurut beliau, keinginan untuk memimpin negara tidak seharusnya dijadikan bahan persepsi, lebih-lebih lagi jika hal itu selari dengan kehendak majoriti rakyat.
"Obses menjadi PM bukanlah satu kesalahan," kata beliau dalam muat naik di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak empat dekad lalu telah menjadi pilihan majoriti rakyat untuk memimpin negara sejak era 1980an.
Kemudian, katanya, rakyat kekal mahukan beliau memimpin negara berteraskan pembaharuan selepas melancarkan gerakan Reformasi pada 1998.
"Apatah lagi memang majoriti rakyat berkehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM," tegas beliau.
Kenyataan Fakhrulrazi sebagai respons kepada komen Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, sebelum ini yang menyatakan beliau tidak obses untuk menjadi Perdana Menteri seperti Anwar.
Fakhrulrazi berpandangan bahawa pendekatan dan gaya politik setiap pemimpin adalah berbeza, dan semua itu merupakan sebahagian daripada dinamika politik.
Dalam sistem demokrasi, yang paling penting ialah mandat dan sokongan rakyat, bukan persepsi terhadap cita-cita seseorang pemimpin.









Comments