top of page

Nilai perdagangan tertinggi RM3 trilion hasil lonjakan eksport - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

DS Anwar menjelaskan mengenai lonjakan eksport bagi 2025 di Dewan Rakyat, pagi tadi
DS Anwar menjelaskan mengenai lonjakan eksport bagi 2025 di Dewan Rakyat, pagi tadi

Oleh: Akmal Manaf


Malaysia mencipta sejarah perdagangan pada tahun lalu apabila merekodkan nilai perdagangan tertinggi pernah dicapai sebanyak RM3.061 trilion, didorong lonjakan eksport RM45.4 bilion ke lebih 240 pasaran dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri (PM) berkata, nilai eksport berjumlah RM45.4 bilion yang direkodkan negara adalah hasil hubungan perdagangan dengan beberapa negara antaranya Amerika Syarikat (AS), Rusia, Itali, Brazil dan Thailand.


"Kita (Malaysia) menumpukan dalam bidang gas cecair asli (LNG), minyak kelapa sawit, barangan elektrik dan elektronik (E&E) yang meningkat terutama dalam bidang semikonduktor, barangan aeroangkasa, perabot dan lain-lain.


"Malaysia juga berjaya menangani cabaran yang tidak menentu hasil beberapa langkah yang dibuat oleh AS dan juga ketegangan suhu-suhu politik.


"Namun alhamdulillah kita mampu merekod jumlah perdagangan tertinggi dalam sejarah iaitu RM3.061 trilion, peningkatan 6.3% ketimbang 2024 dan ini hasil daripada sikap terbuka kita berdagang secara bebas dan mencecah kepada 240 pasaran," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika sesi Pertanyaan Menteri (MQT).


Beliau menjawab pertanyaan Lee Chean Chung [PH-Petaling Jaya] yang ingin tahu prestasi dan nilai perdagangan bagi tahun 2025 serta hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara sepanjang tempoh tersebut yang menyumbang kepada peningkatan eksport Malaysia.


Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, satu lagi pencapaian tertinggi dalam sejarah dicatat apabila nilai perdagangan mencecah RM1.603 trilion, meningkat 6.5% berbanding 2024, melibatkan pasaran utama seperti ASEAN, China, AS, Kesatuan Eropah (EU) dan lain-lain.


Seperkara lagi kata beliau, prestasi lebihan dagangan negara turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan iaitu sebanyak 9.2% kepada RM151.80 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page