Tingkatan 6, Matrikulasi diiktiraf sebagai pendidikan tinggi
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti melibatkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan pelajar yang mengikuti sistem pendidikan berkenaan secara rasmi akan dikategorikan sebagai pelajar pendidikan tinggi.
"Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti iaitu Tingkatan 6 dan Matrikulasi," katanya dipetik ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya pada Selasa.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memaklumkan kerajaan turut menangani isu kontroversi tahunan berkaitan peluang kemasukan ke kursus pilihan yang sering terhad, selain isu membelenggu pelajar kaum minoriti yang mencatat keputusan cemerlang tetapi berdepan kekangan tempat.
Bagi memastikan keadilan peluang, kerajaan jelasnya telah meminta universiti menambah 1,500 tempat baharu dalam kursus popular selain menambah tempat baharu merangkumi pelbagai bidang popular.
"Keutamaan diberi kepada pelajar Asasi dan Matrikulasi seperti lazimnya. Kita juga telah beri jaminan supaya pelajar-pelajar Tingkatan 6 STPM diberi juga keutamaan untuk mendapatkan tempat di universiti," tambahnya.









Comments