top of page

Berita


DAP Negeri Sembilan sokong Anthony Loke terus pimpin parti
DAP N Sembilan menyokong padu kepimpinan Anthony Loke Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan menyatakan sokongan sebulat suara supaya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook terus memimpin parti itu sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan, susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam. Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, kepimpinan Loke telah terbukti membawa DAP Negeri Sembilan ke tahap lebih kukuh sejak mengambil peranan dalam parti. "Jawatankuasa DAP N

Suara Keadilan
2 hours ago2 min read
Â
Â


PRN N Sembilan: Anthony Loke harap keluar mengundi cecah 75 peratus
Anthony Loke mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C), Kelpin, Seremban. Kredit foto: Bernama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata kadar keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat ini berada pada paras hampir sama dengan PRN sebelum ini. Calon Pakatan Harapan DUN Chennah itu berkata, terdapat beberapa kawasan yang merekodkan kadar keluar mengundi lebih tinggi berbanding pilihanraya lalu, sekali gus disifatkan sebagai perkembangan po

Suara Keadilan
1 day ago2 min read
Â
Â


PH kekal komited bantu pembangunan, kebajikan Orang Asli
Anthony Loke ditemui pemberita selepas berkempen di Kampung Simpang Durian. Kredit foto: FMT Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Tegasnya, komuniti tersebut tidak perlu bimbang dengan dakyah palsu untuk mencipta persepsi negatif terhadap PH sekaligus mengelirukan rakyat itu. "Jangan percaya dakwaan bahawa peruntuka

Suara Keadilan
3 days ago1 min read
Â
Â


Kenyataan MB Sanusi guris hati masyarakat bukan Melayu - Loke
Anthony Loke (berbaju krim) berkempen di kawasan Orang Asli DUN Chennah . Foto: FB Anthony Loke Kenyataan didakwa dikeluarkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada satu ceramah politik baru-baru ini dianggap persendaan kepada warganegara Malaysia berketurunan Cina dan India. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan itu menggambarkan seolah-olah mereka tidak taat kepada negara ini. "Saya taat kepada Malaysi

Suara Keadilan
6 days ago1 min read
Â
Â


Loke MB: Dr Asyraf Wajdi perlu minta maaf kepada rakyat N Sembilan
DS Fahmi menggesa Dr Asyraf memohon maaf atas kenyataan beliau pemimpin Cina boleh dilantik sebagai MB Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan susulan kenyataannya yang mendakwa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke akan menjadi Menteri Besar sekiranya Datuk Seri Aminuddin Harun tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan ke

Sidiqin Omar
Jul 261 min read
Â
Â


DAP kekalkan lapan penyandang pertahan 11 kerusi DUN N Sembilan
Anthony Loke ketika merasmikan Bilik Gerakan Pakatan Harapan DAP DUN Temiang, N Sembilan DAP Negeri Sembilan memilih untuk mengekalkan lapan calon penyandang bagi mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Keputusan itu dibuat selepas parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu menilai faktor pengalaman, rekod khidmat wakil rakyat serta penerimaan pengundi di kawasan masing-masing selain mengambil kira tempoh persedi

Helmi Mohd Foad
Jul 132 min read
Â
Â


PRN Johor: Kadar sokongan pengundi Cina kepada PH masih tinggi
Peralihan undi penyokong Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menjadi antara faktor utama Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan beberapa kerusi yang dimenangi pada PRN 2022 lalu. Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook (gambar), berbeza dengan PRN 2022 yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, pilihanraya kali ini kebanyakan kerusi ditandingi secara satu lawan sa

Suara Keadilan
Jul 122 min read
Â
Â


LRT3 Shah Alam: Pemangkin mobiliti, pertumbuhan ekonomi - PM
DS Anwar melancarkan LRT Shah Alam sambil disaksikan Menteri Anthony Loke, Amirudin dan Mohamad Sabu Pelancaran Laluan LRT3 Shah Alam hari ini menjadi satu langkah penting dalam usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara ke arah lebih moden, cekap dan bersepadu demi kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pelancaran LRT Shah Alam berkata, projek tersebut bukan sekadar menyediakan kemudahan pengangkutan, malah bakal membawa limpahan m

Suara Keadilan
Jun 282 min read
Â
Â


PKFZ bangkit kembali: 86% ruang terbiar kini kembali digunakan
Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang pernah mencetuskan kontroversi besar dalam sejarah negara kerana penyelewengan kerajaan lalu kini menunjukkan pemulihan hasil tadbir urus lebih baik serta kemasukan pelaburan swasta baharu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (gambar) berkata beberapa aset PKFZ yang terbiar hampir 20 tahun sejak dibina kini berjaya dihidupkan semula menerusi usaha pengurusan baharu menarik pelabur untuk menggunakan kemudahan sedia ada. Kejayaan terb

Helmi Mohd Foad
Jun 262 min read
Â
Â


3,000 Kad Komuter MADANI Shuttle Selatan percuma untuk rakyat Johor
Sebanyak 3,000 Kad MADANI Shuttle Selatan bernilai RM50 setiap satu diedarkan kepada rakyat Johor bagi membolehkan pengguna menikmati kemudahan perjalanan percuma selama tempoh enam bulan menerusi perkhidmatan KTM Shuttle Selatan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kenyataan berkata inisiatif berkenaan merupakan sebahagian usaha Kerajaan MADANI memperluas akses pengangkutan awam yang lebih mudah dan mampu milik kepada rakyat, khususnya pengguna perkhidmatan rel di Johor

Hasbul Ahmad
Jun 201 min read
Â
Â


'Tiada drama di Kulai, Loke, Onn Hafiz utamakan kepentingan rakyat'
Anthony Loke, Onn Hafiz bersembang.... utamakan soal pengangkutan awam untuk rakyat. Foto: FB Chin Tong Pertemuan antara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Keretapi Kulai hari ini mencuri perhatian selepas kedua-dua pemimpin itu sebelum ini terlibat dalam perang kenyataan di media sosial berkaitan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Wal

Suara Keadilan
Jun 162 min read
Â
Â


Sokong Tok Min kekal MB jika 11 calon menang PRN N Sembilan - DAP
DAP mengulangi komitmennya untuk terus menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun (Tok Min) sebagai Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan sekiranya kesemua 11 calon parti itu berjaya mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos ini. Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata parti itu tidak akan menuntut tambahan kerusi sebaliknya hanya mempertahankan 11 kerusi penyandang yang dimiliki ketika ini. "DAP tak tamak. Kita hanya pertahanka

Helmi Mohd Foad
Jun 132 min read
Â
Â


Tolak kerjasama dengan DAP: 'BN Johor, BN Pusat tidak konsisten' - AMK
Gambar berbicara... Pengerusi BN Johor bersama Menteri Pengangkutan dari DAP ketika meninjau tren ETS yang berkhidmat dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur Tindakan Barisan Nasional (BN) Johor yang menolak berkerjasama dengan DAP menimbulkan kekeliruan serta persoalan mengenai konsistensi pendirian politik parti itu, menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK). Exco AMK Pusat, Jalex Lee berkata, realitinya Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan melibatkan kerjasama antara Pakatan H

Suara Keadilan
Jun 82 min read
Â
Â


'Enggan kerjasama dengan DAP, Zahid duduk sebelah Loke mesyuarat kabinet!'
Dr Zahid (sebelah Anwar) duduk sebelah S/U Agung DAP (kiri sekali) dalam mesyuarat kabinet Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyindir BN Johor yang enggan bekerjasama dengan parti itu sekiranya sekali lagi membentuk Kerajaan Negeri, sambil menyifatkan pendirian tersebut sebagai angkuh dan tidak selari dengan realiti politik semasa. Menurut beliau, terdapat percanggahan ketara apabila pemimpin tinggi UMNO-BN terus berinteraksi secara rasmi dengan DAP dalam pentadbi

Redzuan Shamsudin
Jun 71 min read
Â
Â


Kemalangan maut: Pemandu perlu diambil tindakan setimpal - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menggesa polis menyegerakan siasatan kes pemandu menyebabkan kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa termasuk empat mangsa sekeluarga semalam. Menterinya Anthony Loke (gambar) berkata tindakan itu bagi memastikan kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) secepat mungkin kerana tindakan pendakwaan setimpal perlu diambil. "Pemanduan sebegini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sek

Helmi Mohd Foad
Jun 21 min read
Â
Â


MOT arah JPJ kembalikan semula khidmat online tukar milik kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju mengembalikan perkhidmatan dalam talian untuk urusan tukar hak milik kenderaan serta-merta, dengan penggantungan sistem untuk kerja-kerja penambahbaikan yang hanya akan dilaksanakan semasa cuti panjang pada hujung minggu ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata, langkah itu bagi memastikan kerja-kerja penambahbaikan tidak mengganggu urusan pengguna selain mengelak kesesakan di kaunter JPJ. Beliau menjelaskan

Helmi Mohd Foad
May 251 min read
Â
Â


PH N Sembilan mampu, berupaya mentadbir secara sendiri - Loke
Anthony Loke meraikan Majlis Hi-Tea Bersama Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Pakatan Harapan (PH) mempunyai keupayaan dan kekuatan politik di Negeri Sembilan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain. Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook berkata gabungan itu mampu mentadbir secara bersendiri di negeri itu sejak 2018 hingga 2023 meskipun berdepan pelbagai cabaran. "Ketika berlaku La

Suara Keadilan
May 251 min read
Â
Â


Projek pengangkutan pemacu kemajuan Johor dijayakan oleh Menteri PH
Pencapaian dan perkembangan pesat Johor dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini tidak boleh disandarkan kepada Kerajaan Negeri semata-mata, sebaliknya didorong oleh pelaksanaan pelbagai projek strategik Kerajaan Persekutuan khususnya dalam sektor pengangkutan. Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke siew Fook (gambar), faktor utama kemajuan negeri itu adalah peningkatan kesalinghubungan antara Johor dan Singapura melalui projek-projek besar di bawah Kementerian Pengangkut

Redzuan Shamsudin
May 172 min read
Â
Â


60,000 pelajar B40 bakal terima lesen motosikal percuma
Anthony Loke bersama Fadhlina di Majlis Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah MyB2S Seramai 60,000 pelajar Tingkatan Empat dan Lima daripada kategori B40 di seluruh negara bakal menerima lesen motosikal Kelas B2 secara percuma. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, inisiatif itu bagi memperkukuh budaya keselamatan jalan raya serta meningkatkan pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar sekolah dan bakal dilaksana menerusi Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan per

Suara Keadilan
May 121 min read
Â
Â


Hanya undi percaya, keputusan Yang di-Pertuan Besar boleh ganti MB
Anthony Loke (kanan) menegaskan MB hanya boleh ditukar dengan dua cara dalam sidang media petang ini Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, sebarang usaha untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan perlu melalui proses yang sah mengikut Perlembagaan negeri, bukannya dibuat secara sewenang-wenangnya atau melalui tekanan politik. Beliau berkata, pertukaran itu hanya boleh berlaku sama ada menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN

Akmal Manaf
Apr 271 min read
Â
Â
bottom of page
