PH N Sembilan mampu, berupaya mentadbir secara sendiri - Loke
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Pakatan Harapan (PH) mempunyai keupayaan dan kekuatan politik di Negeri Sembilan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook berkata gabungan itu mampu mentadbir secara bersendiri di negeri itu sejak 2018 hingga 2023 meskipun berdepan pelbagai cabaran.
"Ketika berlaku Langkah Sheraton di peringkat pusat pada 2020, Negeri Sembilan tetap bertahan. Dalam tempoh Covid-19 pun kita kekal mentadbir secara solo walaupun hanya mempunyai 20 kerusi dan kerajaan tidak jatuh.
"Itu membuktikan PH mempunyai kekuatan sendiri dan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kita tetap kukuh," katanya dipetik.
Loke sebelumnya hadir meraikan Majlis Hi-Tea Bersama Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 peringkat Parlimen Seremban di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Sikamat pada Ahad.
Beliau sementara itu menyeru anggota PH Negeri Sembilan supaya bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) serentak bersama Johor atau Melaka, sekiranya dua negeri berkenaan membubarkan DUN dalam masa terdekat.
"Seperti yang saya katakan ketika konvensyen PH di Johor minggu lepas, kami sudah jelas jika DUN Johor dibubarkan, Negeri Sembilan juga wajar mempertimbangkan pembubaran supaya pilihan raya dapat diadakan serentak kerana ia dapat menjimatkan kos
"Kekuatan dalaman, kestabilan pentadbiran serta rekod perkhidmatan kepada rakyat perlu terus menjadi asas utama PH dalam mendepani cabaran politik akan datang," jelasnya.




Comments