top of page

MOT arah JPJ kembalikan semula khidmat online tukar milik kenderaan

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju mengembalikan perkhidmatan dalam talian untuk urusan tukar hak milik kenderaan serta-merta, dengan penggantungan sistem untuk kerja-kerja penambahbaikan yang hanya akan dilaksanakan semasa cuti panjang pada hujung minggu ini.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata, langkah itu bagi memastikan kerja-kerja penambahbaikan tidak mengganggu urusan pengguna selain mengelak kesesakan di kaunter JPJ.


Beliau menjelaskan perkara itu telah dibincangkan dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli susulan keputusan agensi itu menggantung sementara perkhidmatan atas talian.


"JPJ telah memaklumkan kepada kementerian (MOT) berkenaan penyalahgunaan dan penipuan yang berlaku dalam sistem pertukaran hak milik yang menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ.


"Justeru itu, JPJ perlu membuat penambahbaikan sistem dalam kadar segera.


"Namun, saya telah menasihati JPJ supaya memastikan kerja-kerja penambahbaikan sistem tidak menggangu urusan harian pengguna biasa dan tidak menyebabkan kesesakan besar di pejabat-pejabat JPJ," katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu JPJ bertindak menangguh sementara urus niaga tukar hak milik (THM) melalui saluran urus niaga secara dalam talian termasuk portal awam, kiosk serta rakan niaga JPJ iaitu MyEG dan eAuto Sdn Bhd berkuat kuasa 25 Mei (hai ini).


Langkah ini dilaksanakan sebagai tindakan kawalan serta-merta JPJ susulan penerimaan beberapa aduan rasmi serta melalui media sosial berhubung insiden pertukaran hak milik kenderaan yang dilaksanakan tanpa pengetahuan pemilik berdaftar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page