top of page

Kemalangan maut: Pemandu perlu diambil tindakan setimpal - Anthony Loke

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kementerian Pengangkutan menggesa polis menyegerakan siasatan kes pemandu menyebabkan kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa termasuk empat mangsa sekeluarga semalam.


Menterinya Anthony Loke (gambar) berkata tindakan itu bagi memastikan kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) secepat mungkin kerana tindakan pendakwaan setimpal perlu diambil.


"Pemanduan sebegini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.


Loke berkata, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama-sama semua pengguna jalan raya.


"Lesen memandu bukan kebenaran untuk memandu sesuka hati sehingga menyebabkan malapetaka kepada orang lain yang tidak berdosa," katanya.


Dalam pada itu, Loke mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan tragedi itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.


Terdahulu media tempatan melaporkan polis mengesahkan empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam semalam.


Kemalangan dipercayai berlaku akibat tindakan pemandu dua buah kereta mewah yang memandu secara laju dan melulu dengan seorang daripada mereka maut semasa dalam perjalanan ke hospital.


Seorang lagi pemandu kereta mewah itu, iaitu remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page