top of page

3,000 Kad Komuter MADANI Shuttle Selatan percuma untuk rakyat Johor

  • Writer: Hasbul Ahmad
    Hasbul Ahmad
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Sebanyak 3,000 Kad MADANI Shuttle Selatan bernilai RM50 setiap satu diedarkan kepada rakyat Johor bagi membolehkan pengguna menikmati kemudahan perjalanan percuma selama tempoh enam bulan menerusi perkhidmatan KTM Shuttle Selatan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kenyataan berkata inisiatif berkenaan merupakan sebahagian usaha Kerajaan MADANI memperluas akses pengangkutan awam yang lebih mudah dan mampu milik kepada rakyat, khususnya pengguna perkhidmatan rel di Johor.


Pada masa sama, laluan KTM Shuttle Selatan akan diperluaskan dengan pembukaan tiga stesen baharu di kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru bagi meningkatkan hubungan perjalanan serta memudahkan pergerakan harian penduduk.


Perluasan laluan itu melibatkan perkhidmatan KTM Shuttle Selatan dari Paloh hingga Kulai, sekali gus memperkukuh jaringan pengangkutan rel di negeri Johor.


Menerusi pengagihan Kad MADANI Shuttle Selatan itu, lebih ramai rakyat berpeluang memanfaatkan perkhidmatan KTM sebagai alternatif perjalanan yang lebih selesa, menjimatkan dan efisien.


Langkah tersebut selari dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa sistem pengangkutan awam negara, selain memastikan kemudahan mobiliti dapat dinikmati secara lebih meluas oleh masyarakat.


Terdahulu, perkhidmatan Shuttle Selatan dilancarkan sebagai usaha memperkukuh rangkaian pengangkutan awam rel di Johor, termasuk peluasan laluan KTM dari Paloh ke Kulai serta pembukaan tiga stesen baharu di Pasir Gudang dan Johor Bahru.


Majlis pelancaran yang berlangsung di Stesen Keretapi Kulai itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page