top of page

'Enggan kerjasama dengan DAP, Zahid duduk sebelah Loke mesyuarat kabinet!'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 6 hours ago
  • 1 min read
Dr Zahid (sebelah Anwar) duduk sebelah S/U Agung DAP (kiri sekali) dalam mesyuarat kabinet
Dr Zahid (sebelah Anwar) duduk sebelah S/U Agung DAP (kiri sekali) dalam mesyuarat kabinet

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyindir BN Johor yang enggan bekerjasama dengan parti itu sekiranya sekali lagi membentuk Kerajaan Negeri, sambil menyifatkan pendirian tersebut sebagai angkuh dan tidak selari dengan realiti politik semasa.


Menurut beliau, terdapat percanggahan ketara apabila pemimpin tinggi UMNO-BN terus berinteraksi secara rasmi dengan DAP dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.


"Anda tak nak duduk semeja dengan DAP… hebat! Teruskan keangkuhan kamu," katanya dalam hantaran di Facebook mengecam Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyatakan BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri.


Hal itu, kata Anthony Loke amat berbeza dengan realiti Kerajaan MADANI yang mana kerjasama antara pemimpin tinggi dan ketua parti tetap berlangsung tanpa masalah.


"Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP, harap maklum," sinisnya.


Anthony Loke turut mengepilkan gambar beliau dan Presiden UMNO-BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi duduk bersebelahan dalam mesyuarat kabinet setiap minggu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page