top of page

Berita


Misi ke Gaza bawa mesej Palestin berhak merdeka - Amirudin
DS Amirudin (berjaket maroon) di KLIA untuk berlepas bagi menjayakan misi penghantaran bantuan ke Palestin Penyertaan Menteri Besar Selangor bersama delegasi antarabangsa ke Gaza bukan bermotifkan politik atau agama, sebaliknya berteraskan misi kemanusiaan. Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu hantaran di Facebook berkata, delegasi kemanusiaan terdiri daripada pelbagai negara, bangsa dan agama itu bersatu membawa satu mesej jelas iaitu Palestin berhak merdeka. "Kami akan b

Suara Keadilan
Apr 121 min read


Selangor komited bantu petani, nelayan hadapi bahan api krisis global
Langkah bersasar yang bakal diumumkan Kerajaan Negeri untuk menangani kesan ketidaktentuan global susulan konflik Asia Barat tidak akan mengetepikan golongan petani dan nelayan di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, kedua-dua golongan itu perlu terus diberi perhatian kerana turut memainkan peranan penting sebagai penggerak ekonomi negeri. "Kerajaan Negeri kini sedang bekerja keras meneliti perkembangan berlaku. Sememangnya kita berdepan tekanan, t

Suara Keadilan
Apr 61 min read


MB Selangor sertai misi kemanusiaan ke Gaza, bukti komitmen Malaysia — AMK
Penglibatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza melalui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 disambut baik oleh kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK). Naib Ketua AMK Malaysia, Nabil Halimi, berkata amanah tersebut mencerminkan kepercayaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, terhadap komitmen serta kepimpinan Amirudin dalam menangani isu-isu dalam dan luar negara. Menurut beliau, pendekatan dan visi yang diba

Redzuan Shamsudin
Apr 51 min read


Misi bantuan Gaza: Amirudin mampu runding dengan negara terbabit - PM
Pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 adalah bertujuan untuk memastikan semua urusan dengan kerajaan negara terbabit dengan misi itu berjalan lancar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, dalam misi penghantaran bantuan berskala besar itu, wujud keperluan untuk pihak Malaysia melakukan perundingan dengan pelbagai pihak terutama kerajaan Mesir dan Qatar. "Saya memang telah

Suara Keadilan
Apr 51 min read


Amirudin galas amanah wakili PM ketuai Global Sumud Flotilla 2.0
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) bakal mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza menerusi penyertaan dalam delegasi Global Sumud Flotilla 2.0. Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Amirudin diamanahkan dalam misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia. Misi kemanusiaan berprofil tinggi itu dijadualkan membawa sebanyak

Azuan Ab Rahman
Apr 41 min read


Konflik Asia Barat: Selangor anjur mesyuarat khas selaras bantuan kepada rakyat
Kerajaan Selangor bakal menganjurkan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi menyelaras pendekatan terbaik membantu rakyat negeri itu menghadapi ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat serta kesannya terhadap ekonomi negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) menerusi kenyataan pada Rabu berkata, mesyuarat akan memberi fokus khusus kepada golongan rentan, selain memastikan sokongan efektif kepada sektor industri. Mesyuarat juga akan meneliti penubuhan pasukan petu

Azuan Ab Rahman
Apr 21 min read


Selangor siap siaga hadapi ketidaktentuan geopolitik, fenomena El Nino
Selangor berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat serta fenomena El Nino, dengan penekanan terhadap kerjasama semua pihak bagi memastikan kestabilan ekonomi negeri terus terpelihara. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, negeri itu telah berdepan pelbagai krisis sejak 2020 termasuk krisis politik, kesihatan serta bencana banjir besar pada 2021, namun berjaya bangkit sebagai penyumbang utama ekonomi neg

Suara Keadilan
Apr 11 min read


Selangor perkukuh stok makanan hingga 6 bulan hadapi krisis global
Kerajaan Selangor akan mempertingkat bekalan makanan di Gudang Makanan Selangor (GMS) sehingga mampu menampung keperluan selama tempoh enam bulan. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, langkah itu bertujuan menghadapi ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran. Jelasnya, sasaran itu pada asalnya dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi pelan pembangunan sedia ada, namun diperc

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Rakyat Selangor diseru amal kesederhanaan, perkukuh semangat perpaduan
Di tengah dunia yang sedang menghadapi cabaran peperangan dan ketidaktentuan ekonomi, rakyat Selangor digesa untuk mengamalkan kesederhanaan serta memperkukuh perpaduan menjelang Aidilfitri. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) , melalui perutusan Aidilfitrinya, menekankan bahawa kesederhanaan yang dipupuk hari ini akan memberi kesan jangka panjang kepada generasi akan datang, membentuk kehidupan yang bermaruah dan berwawasan. "Rakyat perlu membina ketah

Azuan Ab Rahman
Mar 181 min read


Pelabuhan ketiga Pulau Carey lonjak peluang ekonomi, pintu masuk ke Asia Tenggara
Pembangunan Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey, Klang dilihat menjadi langkah strategik bagi melonjakkan potensi Pelabuhan Klang sebagai pintu utama kemasukan peluang ekonomi bukan sahaja ke Malaysia malah ke rantau Asia Tenggara. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata pembangunan tersebut amat penting khususnya ketika dunia sedang berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global. "Kesemua ini amat penting supaya Pelabuhan Ketiga Pulau Carey melonjakkan poten

Helmi Mohd Foad
Mar 132 min read


Kerajaan Selangor perkenal pendidikan separa percuma di UIS, Unisel
Kerajaan Selangor memperkenalkan inisiatif pendidikan separa percuma kepada anak negeri itu sebagai sebahagian usahanya memperkasa pembangunan generasi muda. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, menerusi insiatif melibatkan pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Selangor (Unisel) itu, pelajar hanya perlu membayar separuh kos pengajian manakala baki selebihnya ditanggung kerajaan negeri. "Jika kos pengajian sekitar RM30,000 hingga RM

Suara Keadilan
Mar 91 min read


Kerajaan Selangor bantu tangani risiko banjir kilat di UIS
MB Amirudin melawat kawasan terjejas banjir di Universiti Islam Selangor (UIS) Kerajaan Negeri akan menyelaras usaha penyelenggaraan serta pendalaman kolam takungan di Universiti Islam Selangor (UIS) bagi mengurangkan risiko berlaku banjir kilat. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mendapati kolam tadahan sedia ada perlu diselenggara semula untuk memastikan sistem saliran berfungsi dengan lebih baik. "Saya akan bantu untuk pastikan kolam tadahan ini did

Suara Keadilan
Mar 81 min read


Kerajaan Selangor sumbang Baucar Aidilfitri kepada 90 petugas SUK
DS Amirudin menyerahkan sumbangan Baucar Aidilfitri kepada petugas di SUK Seramai 90 petugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor menerima sumbangan Baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri. Sumbangan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu persiapan menjelang Syawal itu disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu majlis di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada Rabu. Penerima terdiri daripada pekerja pembers

Suara Keadilan
Mar 51 min read


Selangor umum Insentif Khas Aidilfitri sebulan gaji penjawat awam negeri
DS Amirudin di Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadan di Shah Alam Kerajaan Selangor sekali lagi menunjukkan keprihatinan kepada penjawat awam di negeri itu apabila mengumumkan Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) 2026 berjumlah RM66.25 juta untuk tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, IKSA tersebut bakal memanfaatkan puluhan ribu penerima seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. "Peruntukan berkenaan akan disalurkan 19 Mac

Suara Keadilan
Feb 281 min read


Amirudin mahu pimpinan tempatan, PBT kukuh kerjasama demi rakyat
MB Selangor berucap pada Majlis Berbuka Puasa Parlimen Gombak di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru pimpinan tempatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan di negeri itu mempertingkatkan kerjasama. Menurutnya, langkah tersebut demi memastikan setiap perancangan dan dasar dilaksanakan secara selaras bagi memenuhi keperluan rakyat. "Cabaran hari ini jauh berbeza berbanding 50 tahun lalu, terutama dalam mendep

Suara Keadilan
Feb 261 min read


Pendidikan sebagai teras utama bina masyarakat - MB
MB Amirudin teruja bertemu para guru yang berjasa dalam bidang pendidikan di Selangor Kerajaan Negeri Selangor menegaskan pendidikan sebagai teras utama pembinaan masyarakat yang mampu mendepani cabaran sosial yang semakin kompleks. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) berkata, ketiadaan pendidikan yang menyeluruh boleh membawa kepada keruntuhan nilai kemanusiaan. "Hari ini kita berdepan dengan pelbagai cabaran, kadang-kadang di luar daripada batas logik,

Suara Keadilan
Feb 221 min read


Selangor umum peningkatan Insentif Haji Muassasah kepada RM1,500
Oleh: Azuan Ab Rahman Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, memperuntukkan RM 9 juta untuk pelaksanaan Insentif Haji Muassasah bagi tahun ini Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, seramai 6,000 bakal jemaah haji muassasah dari Selangor bakal menerima bantuan sebanyak RM1, 500 seorang, meningkat RM500 berbanding RM1, 000 yang diterima jemaah tahun lalu. "Sejak diperkenalkan pada 2022 oleh Yayasan Menteri

Suara Keadilan
Feb 211 min read


Selangor-Sabah perkukuh sekuriti makanan, jalin kerjasama strategik
DS Amirudin (berbaju merah) menerima kunjungan Datuk Jamawi (dua dari kanan) ke pejabatnya Oleh: Azuan Ab Rahman Kerajaan Negeri Selangor komited memperkukuh usaha memastikan bekalan makanan, khususnya untuk rakyat negeri itu terus terjamin dan stabil. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan, komitmen berkenaan dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif strategik termasuk kerjasama rentas negeri. "Baru-baru ini PKPS mengadakan pertemuan bersama Kementerian Per

Suara Keadilan
Feb 201 min read


MB Selangor, Zainul Rijal bincang isu rumah ibadat tanpa kebenaran
Datuk Zainul (berbaju merah) menyuarakan pandangan PPMM kepada DS Amirudin dalam pertemuan kelmarin Satu perjumpaan dan diskusi melibatkan Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berlangsung dalam suasana terbuka dan konstruktif berlangsung kelmarin. Dalam muat naik di media sosial, Datuk Zainul berkata, pertemuan yang diatur oleh Menteri Besar itu sangat bermanfaat d

Suara Keadilan
Feb 192 min read


Amirudin teruskan program 30 Hari 30 Ayat, semarakkan penghayatan Al-Quran
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) , mengajak umat Islam menjadikan Ramadan kali ini sebagai peluang membaca, mendalami dan memahami al‑Quran. Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya meneruskan program 30 Hari 30 Ayat dengan bacaan yang memfokuskan Surah Al-Mulk, yang mengingatkan umat Islam tentang kekuasaan Allah SWT, hakikat kehidupan serta tanggungjawab sebagai hamba. "Setiap bacaan ini akan disusuli tadabbur ringkas oleh ustaz jemputan yang akan menghurai

Suara Keadilan
Feb 191 min read
bottom of page
