top of page

Kerajaan Selangor sumbang Baucar Aidilfitri kepada 90 petugas SUK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
DS Amirudin menyerahkan sumbangan Baucar Aidilfitri kepada petugas di SUK
DS Amirudin menyerahkan sumbangan Baucar Aidilfitri kepada petugas di SUK

Seramai 90 petugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor menerima sumbangan Baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri.


Sumbangan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu persiapan menjelang Syawal itu disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu majlis di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada Rabu.


Penerima terdiri daripada pekerja pembersihan serta kakitangan sokongan teknikal termasuk pemandu di bawah pentadbiran SUK Selangor.


Setiap individu menerima baucar bernilai RM200, dengan membabitkan jumlah keseluruhan implikasi kewangan sebanyak RM12,600.


"Pada tahun-tahun sebelum ini, kita lazimnya menyalurkan sumbangan dalam bentuk bakul makanan.


"Namun bagi tahun ini, kita memutuskan untuk memberikan baucar bernilai RM200 bagi memberi kebebasan kepada penerima untuk memilih barangan keperluan mengikut kehendak dan kesesuaian keluarga masing-masing," kata Amirudin dipetik pada majlis tersebut.


Amirudin sementara itu menyatakan harapan agar inisiatif tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai tanda keprihatinan berterusan kerajaan negeri terhadap kebajikan warga kerja peringkat bawahan yang menjadi tulang belakang pengurusan fasiliti kerajaan.


"Kita berharap melalui sumbangan ini, mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria bersama keluarga tersayang," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page