top of page

Pendidikan sebagai teras utama bina masyarakat - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
MB Amirudin teruja bertemu para guru yang berjasa dalam bidang pendidikan di Selangor
MB Amirudin teruja bertemu para guru yang berjasa dalam bidang pendidikan di Selangor

Kerajaan Negeri Selangor menegaskan pendidikan sebagai teras utama pembinaan masyarakat yang mampu mendepani cabaran sosial yang semakin kompleks.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) berkata, ketiadaan pendidikan yang menyeluruh boleh membawa kepada keruntuhan nilai kemanusiaan.


"Hari ini kita berdepan dengan pelbagai cabaran, kadang-kadang di luar daripada batas logik, akal, fikiran.


"Beberapa hari lepas satu keluarga meninggal dunia, bermula daripada seorang anak membunuh ibunya, keluarga dan akhirnya menamatkan hayatnya sendiri. Ini semua kita tidak pernah fikirkan. Anak membunuh ibu, cucu membunuh datuk nenek.


"Ini menyedarkan kita fungsi pendidikan masih lagi penting. Sebab itu perlunya anak-anak dididik, pelajar universiti dilatih dan dipandu dari segi kemanusiaannya," katanya dipetik.


Amirudin berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Guru dan Komuniti Pendidik Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 semalam.


Sementara itu beliau turut memaklumkan kerajaan negeri akan memperkukuh sokongan pendidikan buat pelajar di negeri itu.


Ia termasuk bantuan baucar buku serta menanggung 50 peratus yuran pengajian di Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS).


Melalui Belanjawan Selangor 2026, Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM136.2 juta bagi pendidikan dan pembangunan modal insan — tertinggi dalam sejarah negeri.


Peruntukan itu termasuk RM93 juta untuk program pendidikan dan manfaat 50 peratus yuran kepada 4,000 pelajar UIS dan UNISEL bagi kemasukan September ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page