top of page

Selangor umum peningkatan Insentif Haji Muassasah kepada RM1,500

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, memperuntukkan RM 9 juta untuk pelaksanaan Insentif Haji Muassasah bagi tahun ini


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, seramai 6,000 bakal jemaah haji muassasah dari Selangor bakal menerima bantuan sebanyak RM1, 500 seorang, meningkat RM500 berbanding RM1, 000 yang diterima jemaah tahun lalu.


"Sejak diperkenalkan pada 2022 oleh Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, inisiatif berkenaan telah memanfaatkan 18,000 jemaah haji muassasah dari negeri ini.


"Seramai 3,000 jemaah menerima insentif berkenaan pada 2022 dan 2023, manakala jumlah penerima meningkat kepada 6,000 orang masing-masing pada 2024 dan 2025," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan sama Amiruddin turut memaklumkan, permohonan bagi insentif itu dibuka dari 23 Februari ini hingga 15 Julai 2026 dan akan diselaraskan Yayasan MBI.


Bagi melancarkan proses permohonan, bakal jemaah yang merupakan warga Selangor serta pengundi berdaftar di negeri ini hanya perlu membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 yang memaparkan Kod MUAS ke Pusat Khidmat Masyarakat atau Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.


"Saya mendoakan usaha ini dapat memudahkan persiapan perjalanan para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini, Insha-Allah," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page