top of page

Selangor perkukuh stok makanan hingga 6 bulan hadapi krisis global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 21
  • 1 min read

Kerajaan Selangor akan mempertingkat bekalan makanan di Gudang Makanan Selangor (GMS) sehingga mampu menampung keperluan selama tempoh enam bulan.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, langkah itu bertujuan menghadapi ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.


Jelasnya, sasaran itu pada asalnya dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi pelan pembangunan sedia ada, namun dipercepatkan bagi memastikan kesinambungan bekalan makanan kepada rakyat tidak terjejas.


"Sekarang kita dah siapkan untuk tempoh tiga bulan, ini tidak dicampur dengan kesiapsiagaan persekutuan. Kerajaan juga mempunyai perancangan sendiri.


"Contohnya persekutuan ada simpanan beras dari setiap negeri. Jadi ini jadi tambahan kepada apa kita laksanakan. Sekarang kita percepatkan sebab konflik yang berlaku di Timur Tengah," katanya dipetik.


Dalam pada itu, Amirudin menegaskan, konflik di rantau Asia Barat akan memberi kesan besar kepada ekosistem yang bukan hanya memberi kesan kepada harga minyak sebaliknya juga kepada sektor pengangkutan.


Justeru beliau memberi komitmen pihaknya akan memastikan negeri ini kekal mampan dan berdaya tahan meskipun konflik berkenaan berlarutan dalam tempoh panjang.


Minggu lalu, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan pihaknya akan meningkatkan simpanan makanan sehingga tiga bulan berbanding hanya sebulan ketika ini bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan global.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata inisiatif tersebut digerakkan menerusi Program Gudang Makanan Selangor yang akan diperkasa tahun ini, sekali gus menampung keperluan rakyat negeri ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page