top of page

Berita


MB Aminuddin terbukti mampu mentadbir Negeri Sembilan dengan baik
Sheikh Umar (kiri) bersama MB Aminuddin ketika melawat ke Negeri Sembilan Pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berprestasi tinggi dan mencapai banyak kemajuan sejak mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional pada 2018. Ahli Dewan Negara, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, MB Aminuddin berjaya dalam aspek pembasmian kemiskinan, meningkatkan pelaburan, menambah peluang pekerjaan dan peningkatan hasil negeri. Katanya, Negeri Sembilan mengekal

Redzuan Shamsudin
Jul 182 min read


Laungan "Kekal Pakatan Harapan, Kekal Tok Min" bergema di Port Dickson
DS Aminuddin mendahului perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun bersama empat lagi calon Pakatan Harapan (PH) memasuki dewan penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson kira-kira pukul 8.25 pagi ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson kali ini bakal bertanding di DUN Linggi yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN. Turut be

Helmi Mohd Foad
Jul 181 min read


Pengundi atas pagar Negeri Sembilan cenderung pilih prestasi Aminuddin
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka tidak mempengaruhi sokongan pengundi atas pagar di Negeri Sembilan. Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, golongan pengundi tersebut lebih cenderung untuk menilai prestasi semasa Kerajaan Perpaduan. Malah jelasnya, rekod pentadbiran Negeri Sembilan di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, termasuk pelaksanaan projek pembangunan, peningkatan

Suara Keadilan
Jul 181 min read


Aminuddin nafi 'lari' dari Sikamat, tekad berbakti di DUN Linggi
Antara foto terawal DS Aminuddin sebagai wakil rakyat Sikamat hampir dua dekad lalu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan bahawa beliau "melarikan diri" dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, sebaliknya menegaskan keputusan bertanding di DUN Linggi dibuat atas pilihan dan kehendaknya sendiri untuk meneruskan khidmat kepada rakyat. Beliau berkata, selepas empat penggal diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, tib

Redzuan Shamsudin
Jul 162 min read


'Tok Min lari ke DUN Linggi': Tok Mat tidak matang berpolitik - Saifuddin Shafi
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) yang mempersenda keputusan Datuk Seri Aminuddin Harun bertanding di DUN Linggi menyerlahkan watak sebenar seorang ‘pembuli politik’. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menegaskan bahawa kenyataan tidak matang pemimpin senior UMNO itu tidak mencerminkan teladan yang baik, khususnya sebagai seorang menteri dalam Kerajaan Persekutuan. "Tok Mat tidak sepatutnya memperlekeh kepu

Suara Keadilan
Jul 162 min read


Aminuddin bukan lari ke DUN Linggi, tetapi tuntut mandat diberi ke Umno
DS Aminuddin (baju putih) sentiasa bersama rakyat dan tidak pernah melarikan diri mencari kerusi selamat Dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun "melarikan diri" dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat untuk bertanding di DUN Linggi adalah tidak benar sama sekali. Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, dakwaan Tok Mat itu hanyalah retorik politi

Redzuan Shamsudin
Jul 162 min read


Aminuddin: Kestabilan politik kunci pelaburan, kembangkan ekonomi
DS Aminuddin menekankan perlunya kestabilan politik memajukan N Sembilan. Kredit foto: FB Mat Sabu Kestabilan politik menjadi faktor utama yang mendorong keyakinan pelabur terhadap Negeri Sembilan sehingga berjaya menarik pelaburan bernilai tinggi, termasuk projek kecerdasan buatan (AI) pertama negara bernilai RM3.4 bilion. Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kestabilan pentadbiran negeri telah memberi keyakinan kepada pelabur untuk me

Sidiqin Omar
Jul 152 min read


Hijrah ke DUN Linggi pikul misi tambah DUN PH - MB Aminuddin
DS Aminuddin sedia melaksanakan misi menambah kerusi PH dengan bertanding di DUN Linggi Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan perpindahannya dari DUN Sikamat bukan satu penghormatan, sebaliknya merupakan amanah besar yang dipikul. Beliau berkata, kesediaannya bertanding di DUN Linggi adalah bagi memperkukuhkan kedudukan PH, sekali gus membantu membentuk Kerajaan Negeri yang lebih stabil pada Pilihan Ray

Akmal Manaf
Jul 152 min read


PRN Johor pengajaran, PH semak semula pendekatan - Amirudin
Pakatan Harapan (PH) bakal mengadakan sesi post-mortem bagi meneliti dapatan daripada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata proses penilaian itu sekali gus membolehkan gabungan berkenaan menyemak semula pendekatan serta memperkukuh strategi bagi menghadapi pilihanraya akan datang. "Selepas post-mortem, kita akan melihat beberapa dapatan penting berkaitan keputusan pilihan raya. "Sudah tentu kita akan m

Suara Keadilan
Jul 141 min read


KEADILAN Negeri Sembilan sudah serah nama calon - Aminuddin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sembilan mengemukakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima nama merangkumi calon wanita, golongan muda dan calon lama bagi setiap kerusi DUN di negeri itu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, pihaknya sudah mengajukan senarai nama calon bagi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN ke-16 kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan. "Senarai akan diteliti dan perkara itu (pemilihan) terpulan

Suara Keadilan
Jul 21 min read


Aminuddin seru asatizah muda jadi benteng hadapi cabaran era digital
MB DS Aminudin (tengah) bersama peserta Himpunan Asatizah Muda N Sembilan. Foto: FB YADIM Golongan asatizah muda diseru menjadi benteng utama dalam mempertahankan akidah dan membimbing masyarakat, menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu amat penting memandangkan media sosial kini berupaya mempengaruhi serta membentuk pemikiran generasi muda. "Jika dahulu kita bimbang anak muda tidak d

Suara Keadilan
Jun 261 min read


Jadikan PRN persediaan hadapi PRU, pastikan kemenangan PH
Jentera dan penyokong Pakatan Harapan (PH) diseru supaya terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi menjamin kestabilan kerajaan agar tidak diperkotak-katikkan bagi kesinambungan pembangunan negara. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, rakyat perlu diberi kefahaman mengenai pentingnya demokrasi, perpaduan dan keyakinan bersama dalam menentukan masa depan negara. "Kita mahu rakyat memaham

Helmi Mohd Foad
Jun 122 min read


DUN N Sembilan bubar, akhiri kemelut politik sejak April
DS Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN N Sembilan malam tadi. Krediit foto: Negeri Kita Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini. Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam sidang media khas di kediamannya di Seremban, jam 11 malam tadi. Aminuddin berkata, pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Tuanku Muhriz pada majlis men

Suara Keadilan
Jun 51 min read


N Sembilan fokus kukuh kedudukan hab pelaburan industri halal - MB
DS Aminuddin (empat dari kiri) merasmikan Kilang Mahsuri Food di Nilai Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah memperkukuh kedudukannya sebagai hab pelaburan industri halal negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Ditemui pemberita selepas merasmikan Kilang Mahsuri Food di Nilai pada Jumaat beliau berkata, usaha itu akan digerakkan menerusi pembangunan kawasan baharu yang memfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor makanan, farmaseutikal dan kosmet

Suara Keadilan
May 231 min read


PH Negeri Sembilan sedia hadapi PRN bila-bila masa
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) memaklumkan pihaknya bersedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa termasuk serentak dengan PRN Melaka dan Johor. Menurutnya, semua persiapan dan pertimbangan berkaitan hal tersebut sentiasa diberi perhatian, mengambil kira tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang semakin menghampiri tempoh penggal pemerintahan. "Negeri Sembilan masih mempunyai tempoh seh

Suara Keadilan
May 211 min read


Enam Exco N Sembilan pangku portfolio ditinggalkan UMNO
DS Aminuddin memberi kenyataan kepada pemberita selepas mesyuarat Exco. Foto kredit: Negeri Kita Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk tidak melantik barisan Exco baharu bagi mengisi empat kekosongan portfolio yang sebelum ini disandang wakil UMNO dan Barisan Nasional (BN), susulan kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri ketika ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas dipersetujui dalam mesyuarat pentadbiran Kerajaan Neg

Helmi Mohd Foad
May 132 min read


Jentera PH bersiap sedia hadapi PRU, sebarang kemungkinan - MB Aminuddin
DS Aminuddin meminta jentera PH bersiap sedia dalam ‘Memperkukuh Perpaduan, Membina Keyakinan Rakyat’ Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru seluruh jentera parti komponen gabungan itu agar memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) susulan perkembangan politik semasa di negeri berkenaan. Beliau berkata, semua anggota parti itu KEADILAN, AMANAH dan DAP perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi memastikan kem

Akmal Manaf
May 72 min read


Hentikan gerakan gugat kerajaan negeri - AMK N Sembilan
Semua pihak perlu menghentikan sebarang gerakan politik bagi menggugat kestabilan pentadbiran negeri susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, kelmarin. Ketuanya Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, percubaan menjatuhkan kepimpinan sedia ada merupakan tindakan tidak bertanggungjawab serta membelakangkan kepentingan rakyat yang mahukan kesinambungan pembangunan dan kemakmuran negeri. "Tinda

Helmi Mohd Foad
Apr 292 min read


MB Aminuddin laksanakan tugas seperti biasa - PM
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk melaksanakan tugas seperti biasa selaras dengan titah Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. "Setakat ini saya telah minta Menteri Besar (Aminuddin) jalankan (tugas) seperti biasa dan proses undang-undang tidak menghalang. "Kita juga tidak menghalang proses undang-undang itu diteruskan dengan baik. "Tidak menyentuh sama ada institusi Raja, a

Suara Keadilan
Apr 281 min read


MB Amirudin, kerajaan N Sembilan memerintah seperti biasa
DS Aminuddin mengesahkan Yam Tuan Besar menitahkan agar Kerajaan Negeri berjaan seperti biasa Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini memaklumkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menasihati dan menitahkan beliau agar meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri seperti biasa selagi belum memperoleh penjelasan muktamad berhubung penarikan sokongan ADUN UMNO-BN. Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ne

Akmal Manaf
Apr 272 min read
bottom of page
