top of page

Laungan "Kekal Pakatan Harapan, Kekal Tok Min" bergema di Port Dickson

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • Jul 18
  • 1 min read
DS Aminuddin mendahului perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson
DS Aminuddin mendahului perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson

Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun bersama empat lagi calon Pakatan Harapan (PH) memasuki dewan penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson kira-kira pukul 8.25 pagi ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson kali ini bakal bertanding di DUN  Linggi yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN.


Turut bersama Aminuddin adalah calon PH DUN Chuah (Yew Boon Lye), DUN Lukut ( Choo Ken Hwa), DUN Bagan Pinang (Nasir Rahman) dan DUN Sri Tanjung (Dr. G. Rajasekaran).


Turut mengiringi mereka adalah MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi serta pemimpin PH bersama kira-kira 1,000 penyokong PH.


Penyokong PH berarak sambil melaungkan slogan "Kekal Pakatan Harapan, kekal Tok Min" dan reformasi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page