KEADILAN Negeri Sembilan sudah serah nama calon - Aminuddin
- Suara Keadilan

- Jul 2
- 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sembilan mengemukakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima nama merangkumi calon wanita, golongan muda dan calon lama bagi setiap kerusi DUN di negeri itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, pihaknya sudah mengajukan senarai nama calon bagi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN ke-16 kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan.
"Senarai akan diteliti dan perkara itu (pemilihan) terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi di pusat untuk angkat nama-nama mereka kerana kita bersikap terbuka," katanya dipetik laporan media.
Dalam pada itu Aminuddin yakin parti komponen DAP dan AMANAH juga sudah berbuat demikian dengan menyenaraikan senarai nama calon parti masing-masing.
"Kita akan selaraskan dengan calon-calon daripada Pakatan Harapan dan kita sedang mencari satu tarikh sesuai untuk kita umumkan (calon)," tambah Naib Presiden KEADILAN itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 1 Ogos ini, manakala penamaan calon pada 18 Julai dan 28 Julai bagi pengundian awal.
Pada 13 Jun lepas, Aminuddin mendedahkan pada PRN ini KEADILAN bakal bertanding 16 kerusi, DAP 11 kerusi manakala AMANAH sembilan kerusi.



Comments