top of page

Pengundi atas pagar Negeri Sembilan cenderung pilih prestasi Aminuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 1 min read

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka tidak mempengaruhi sokongan pengundi atas pagar di Negeri Sembilan.


Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, golongan pengundi tersebut lebih cenderung untuk menilai prestasi semasa Kerajaan Perpaduan.


Malah jelasnya, rekod pentadbiran Negeri Sembilan di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, termasuk pelaksanaan projek pembangunan, peningkatan pelaburan, penyediaan kemudahan awam serta kesinambungan agenda pembangunan negeri akan menjadi faktor penentu pilihan pengundi.


"Impak kemenangan BN di Johor adalah sangat terhad. Di Negeri Sembilan pengundi akan membuat penilaian berdasarkan rekod pentadbiran, keupayaan kerajaan menyelesaikan isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka

"Saya yakin pengundi atas pagar kini lebih dipengaruhi oleh prestasi semasa Kerajaan Perpaduan, isu kestabilan ekonomi domestik serta formula kerjasama tempatan berbanding sentimen kejayaan BN di Johor," katanya dipetik laporan media.


Beliau bagaimanapun mengakui kemenangan di Johor memberi momentum psikologi dan suntikan moral kepada jentera BN.


Nur Ashikin sementara itu berpandangan, tindakan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengepalai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno menarik sokongan terhadap Aminuddin berisiko menjadi liabiliti kepada BN.


Malah tindakannya yang bertentangan pendirian Aminuddin mempertahankan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz berkemungkinan dilihat pengundi sebagai satu bentuk ‘penderhakaan’ kepada institusi diraja.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page