top of page

PH Negeri Sembilan sedia hadapi PRN bila-bila masa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 21
  • 1 min read

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) memaklumkan pihaknya bersedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa termasuk serentak dengan PRN Melaka dan Johor.


Menurutnya, semua persiapan dan pertimbangan berkaitan hal tersebut sentiasa diberi perhatian, mengambil kira tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang semakin menghampiri tempoh penggal pemerintahan.


"Negeri Sembilan masih mempunyai tempoh sehingga 24 Oktober depan sebelum DUN terbubar dengan sendirinya sekiranya tiada sidang diadakan.


"Kerajaan Negeri juga masih belum menetapkan tarikh sidang DUN seterusnya dan perkara itu akan diputuskan mengikut kesesuaian semasa.


"Kita di peringkat negeri kena akur dengan apa jua keputusan di peringkat Persekutuan setelah berunding dan berbincang demi kebaikan semua," katanya dipetik dalam satu sidang media semalam.


Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sebelumnya mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di Seremban.


Pada sidang media tersebut beliau memaklumkan, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan berjalan lancar seperti biasa meskipun berlaku peletakan jawatan empat Exco daripada UMNO-Barisan Nasional (BN) pada 27 April lalu.


Empat kekosongan jawatan Exco yang ditinggalkan itu kini jelasnya dipangku Exco sedia ada.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page