top of page

Aminuddin seru asatizah muda jadi benteng hadapi cabaran era digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
MB DS Aminudin (tengah) bersama peserta Himpunan Asatizah Muda N Sembilan. Foto: FB YADIM
MB DS Aminudin (tengah) bersama peserta Himpunan Asatizah Muda N Sembilan. Foto: FB YADIM

Golongan asatizah muda diseru menjadi benteng utama dalam mempertahankan akidah dan membimbing masyarakat, menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu amat penting memandangkan media sosial kini berupaya mempengaruhi serta membentuk pemikiran generasi muda.


"Jika dahulu kita bimbang anak muda tidak datang ke masjid, hari ini kita perlu lebih bimbang apabila mereka mendapatkan ilmu agama daripada sumber yang tidak berautoriti.


"Sebab itu, saya sering mengatakan bahawa peperangan terbesar generasi kita bukan peperangan fizikal tetapi peperangan pemikiran. Dalam peperangan ini, asatizah muda adalah barisan hadapan yang paling penting," katanya dipetik laporan media tempatan.


Aminuddin berkata begitu ketika merasmikan Himpunan Asatizah Muda (HAMKA) Peringkat Negeri Sembilan 2026 .


Program anjuran YADIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di Seremban itu menghimpunkan lebih 1,000 asatizah.


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, HAMKA menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan dan memperkasa peranan asatizah muda dalam mendepani cabaran semasa.


Program menampilkan pelbagai pengisian termasuk sesi dialog asatizah muda, bicara ekonomi, sesi town hall bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta pelantikan kepimpinan Daie MADANI Negeri Sembilan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page