top of page

N Sembilan fokus kukuh kedudukan hab pelaburan industri halal - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 23
  • 1 min read
DS Aminuddin (empat dari kiri) merasmikan Kilang Mahsuri Food di Nilai
DS Aminuddin (empat dari kiri) merasmikan Kilang Mahsuri Food di Nilai

Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah memperkukuh kedudukannya sebagai hab pelaburan industri halal negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.


Ditemui pemberita selepas merasmikan Kilang Mahsuri Food di Nilai pada Jumaat beliau berkata, usaha itu akan digerakkan menerusi pembangunan kawasan baharu yang memfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor makanan, farmaseutikal dan kosmetik halal.

"Kehadiran beberapa syarikat halal bertaraf antarabangsa di negeri itu telah memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi selain meningkatkan keyakinan pelabur.


"Inisiatif strategik itu dijangka mampu menarik lebih ramai pelabur tempatan serta antarabangsa untuk menjadikan negeri berkenaan sebagai pusat operasi industri halal berteknologi tinggi," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Aminuddin berkata, kemudahan yang lengkap dengan ekosistem halal yang kukuh menjadi antara faktor utama pelabur memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi operasi mereka.


Kerajaan Negeri menurutnya optimis pembangunan ekosistem industri halal mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelaburan strategik negara.


Kilang baharu Mahsuri Food di Bandar Enstek menampilkan penggunaan teknologi ‘Rotary Koji Making Machine’, sekali gus mengukuhkan keupayaan pengeluaran.


Didirikan di atas tapak berkeluasan 45,000 meter persegi, kilang tersebut dilengkapi sistem pengeluaran automatik sepenuhnya meliputi proses penyediaan bahan mentah, fermentasi, pembotolan dan pembungkusan di bawah kawalan kualiti yang ketat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page