top of page

DUN N Sembilan bubar, akhiri kemelut politik sejak April

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5
  • 1 min read
DS Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN N Sembilan malam tadi. Krediit foto: Negeri Kita
DS Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN N Sembilan malam tadi. Krediit foto: Negeri Kita

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam sidang media khas di kediamannya di Seremban, jam 11 malam tadi.


Aminuddin berkata, pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Tuanku Muhriz pada majlis menghadap yang berlangsung jam 8.30 malam tadi.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkenaan berkata, beliau mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bagi pembubaran DUN berkenaan.


"Saya telah ikut undang-undang tubuh kerajaan negeri," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.


Ahli Parlimen Port Dickson tersebut juga yakin pembubaran DUN itu dapat menamatkan kemelut politik dan kepemimpinan yang berlaku.


"Mula-mula dia tarik dan kemudian sekejap dia sokong dan kemudian tak sokong.


"Jadi, sekarang kita serahkan mandat semula kepada rakyat," ujarnya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan.


Beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis pembubaran itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pihak berkenaan menetapkan tarikh penamaan calon dan juga hari mengundi.


"Berhubung kehadiran Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghadap Tuanku petang tadi, ia kerana Tuanku inginkan persetujuan atau pengesahan berkaitan pembubaran DUN," kata beliau lagi.


Untuk rekod, Kerajaan Negeri Sembilan goyang sejak 27 April lalu apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik diri dari kerajaan campuran bersama PH.


Berikutan itu, MB Aminuddin mengetuai kerajaan minioriti untuk tempoh sebulan sebelum membubarkan DUN malam tadi.

1 Comment


sharly yang
sharly yang
Jun 05

A good name generator can make a huge difference when you're stuck for ideas. I found several names here that fit both gaming and social media profiles.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page