top of page

Aminuddin bukan lari ke DUN Linggi, tetapi tuntut mandat diberi ke Umno

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 2 min read
DS Aminuddin (baju putih) sentiasa bersama rakyat dan tidak pernah melarikan diri mencari kerusi selamat
DS Aminuddin (baju putih) sentiasa bersama rakyat dan tidak pernah melarikan diri mencari kerusi selamat

Dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun "melarikan diri" dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat untuk bertanding di DUN Linggi adalah tidak benar sama sekali.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, dakwaan Tok Mat itu hanyalah retorik politik yang tidak mengambil kira sejarah pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 lalu.


Menurut beliau, PH tidak meletakkan calon di DUN Linggi pada PRN itu kerana kerusi berkenaan diperuntukkan kepada BN sebagai sebahagian daripada semangat Kerajaan Perpaduan.


Oleh itu, katanya apabila Umno tidak lagi mahu bersama PH maka Aminuddin menuntut semula kerusi berkenaan.


Eddiarman Mohd Yunos
Eddiarman Mohd Yunos

"Dakwaan Tok Mat bahawa Datuk Seri Aminuddin 'melarikan diri' dari DUN Sikamat ke DUN Linggi sebenarnya hanyalah retorik politik.


"Tok Mat jangan 'buat lupa' pada PRN 2023, Pakatan Harapan langsung tidak bertanding di Linggi kerana kerusi itu diperuntukkan kepada BN atas dasar semangat Kerajaan Perpaduan," katanya dalam satu kenyataan.


Eddiarman berkata, keputusan PH untuk bertanding semula di DUN Linggi pada PRN ini bukan kerana ingin hanya mahu mendapatkan kembali mandat yang sebelum ini dikorbankan demi kestabilan politik negara.


"Kini, apabila PH kembali bertanding di Linggi, ia bukan soal melarikan diri, tetapi PH hendak mengambil semula mandat yang pernah dikorbankan demi kestabilan politik negara," katanya.


Beliau berkata, Aminuddin turun bertanding dengan rendah diri untuk mendapatkan semula kepercayaan pengundi dan meneruskan agenda pembangunan negeri.


"Aminuddin hadir bukan dengan keangkuhan dan kesombongan, jauh sekali ketakutan seperti yang Tok Mat gambarkan, sebaliknya dengan rendah diri memohon kepercayaan rakyat Linggi semula untuk meneruskan khidmat, membina negeri dan memastikan kemajuan yang dinikmati hari ini dapat diteruskan untuk manfaat semua.


"Bukan lari, tetapi kembali. Bukan meninggalkan, tetapi mahu menuntut semula mandat yang pernah dilepaskan," katanya.


Menurut Eddiarman, pemimpin yang berjiwa besar ialah mereka yang sanggup turun sendiri mendapatkan mandat rakyat, bukannya menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak lain.


"Pemimpin sejati tidak menyuruh orang lain berjuang bagi pihaknya tetapi berani turun ke medan untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat jelata," katanya menggambarkan kesanggupan Tok Min mempertaruhkan masa depan politikya bertanding di DUN kubu kebal Umno berkenaan.


Untuk rekod, pada majlis pengumuman calon BN Negeri Sembilan malam tadi, Tok Mat berkata BN akan berjuang habis-habisan menentang Aminuddin di Linggi iaitu kerusi di bawah Parlimen Port Dickson.


"Dia hendak pergi Linggi, kita kejar dia," kata Tok Mat dipetik

1 Comment


Ken Ken
Ken Ken
a minute ago

Tok Min yang kami kenali seorang yang cukup "humble" dan baik hati orangnya. N9 maju dan ke depan sekarang di bawah kepimpinan belau.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page