top of page

Berita


Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar dunia
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir meghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-28 Gas Exporting Countries Forum (GECF) di World Trade Center, Moscow, Rusia Malaysia kekal sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar dunia sekali gus perlu memastikan keseimbangan antara kepentingan pasaran eksport dengan keperluan bekalan tenaga domestik dan industri. Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ketidaktentuan geopolitik global menuntut Malaysia memperk

Helmi Mohd Foad
6 days ago1 min read
Â
Â


KDNK SG4 RM700 bilion: Masalah bekalan air selesaikan dulu - Akmal
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyeru negeri-negeri pembangkang dalam gabungan SG4 supaya memberi perhatian kepada usaha menyelesaikan isu bekalan air. Menurutnya, kekangan di negeri khususnya Kedah dan Kelantan itu boleh menjejaskan usaha membangunkan ekonomi tempatan dan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri berkenaan. "Saya bimbang tentang isu bekalan air di Kedah yang mencatatkan rizab margin kosong peratus. Beg

Azuan Ab Rahman
Oct 282 min read
Â
Â


Kerajaan bakal gubal RUU kawal selia industri pusat data
Kerajaan MADANI merancang untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (Pusat Data) untuk mengawal selia pertumbuhan industri pusat data. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, RUU itu bertujuan memastikan pelaburan dalam industri itu memberi nilai tambah kepada ekonomi domestik, selain memastikan ia selari kapasiti bekalan tenaga dan air negara. dan mengelak ketidakseimbangan impak terhadap alam sekitar. Katanya, cadangan penggubalan RUU itu m

Azuan Ab Rahman
Oct 201 min read
Â
Â


Kerajaan perketat kawalan harga barangan, perluas Jualan RAHMAH
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Gambar arkib Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) diperluas bagi membantu menstabilkan harga barangan keperluan serta mengelakkan kenaikan harga secara mendadak di pasaran. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata sejumlah RM700 juta diperuntukkan tahun depan bagi melaksanakan 30,000 penganjuran PJRM bersasar bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang lebih berpatutan. Menurut beliau, l

Suara Keadilan
Oct 141 min read
Â
Â


Dasar Gaji Progresif dikaji dari semasa ke semasa tingkat pendapatan
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir Kerajaan dalam proses mengkaji keberkesanan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dari masa ke semasa bagi mengenal pasti masalah struktur yang menyumbang kepada kenaikan gaji pekerja yang mendatar, kata Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Menteri Ekonomi itu berkata, kajian tersebut bertujuan mengenal pasti permasalahan struktur yang menyekat peningkatan gaji pekerja, sekali gus mencari kaedah untuk memastikan pertumbuhan pendapatan lebih baik.

Akmal Manaf
Oct 131 min read
Â
Â


Tekad lahirkan lebih ramai jurutera, saintis penuhi industri E&E
DS Akmal melihat pelajar sekolah mengetengahkan bakat TVET sambil diperhatikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Malaysia bertekad melahirkan lebih ramai jurutera, saintis, dan pereka cip tempatan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor dan elektrik serta elektronik (E&E) negara. Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, industri tersebut dijangka memerlukan sehingga 60,000 jurutera tambahan dalam tempoh Rancangan Malay

Suara Keadilan
Oct 81 min read
Â
Â


Krisis Asia Barat: Kerajaan beri keutamaan stabilkan bekalan domestik
Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Gambar arkib Krisis bekalan global kini beralih daripada fasa mengurus kejutan sementara kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pasaran antarabangsa sejak Mac lalu telah menyesuaikan diri terhadap krisis mengurangkan kesan gangguan terhadap bahan mentah serta input pengeluaran. Bagaimanapun jelasnya, perkembangan terkini di Asia Barat menunjukkan risiko ketidaktentuan kemba

Suara Keadilan
Sep 191 min read
Â
Â


Kerajaan sedia teliti mekanisme tingkat ketelusan penawaran gaji
Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan dalam penawaran gaji golongan pekerja di negara ini. Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, langkah itu bukan bertujuan menetapkan kadar gaji secara mutlak, sebaliknya memastikan pekerja mendapat akses maklumat lebih jelas untuk menilai sama ada tawaran diterima mereka setimpal dengan kelayakan dan kemahiran. "Hasrat kita adalah memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dirasai rakya

Suara Keadilan
Sep 81 min read
Â
Â


Belanjawan 2027 dijangka buka peluang ekonomi baharu generasi muda
Pembangunan belia perlu diberi perhatian khususnya dalam konteks struktur ekonomi negara bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masyarakat menua pada masa depan. Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, Isu tersebut tidak boleh dilihat hanya dari sudut kebajikan warga emas dan jaringan perlindungan sosial semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan persediaan generasi muda sebagai pemacu ekonomi negara pada masa hadapan. "Generasi anak mudalah y

Suara Keadilan
Sep 51 min read
Â
Â


Malaysia perlu imbangi keselamatan bekalan, peralihan tenaga
Cabaran sektor tenaga hari ini menuntut keseimbangan antara keselamatan bekalan dan peralihan kepada tenaga mampan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, landskap tenaga global yang semakin kompleks akibat ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta perubahan teknologi memerlukan Malaysia membina sistem tenaga yang lebih berdaya tahan. Namun, langkah tersebut perlu disusuli strategi peralihan tenaga yang terancang berdasarkan realiti semasa

Suara Keadilan
Sep 41 min read
Â
Â


Malaysia berpotensi jadi hab teknologi perubatan serantau
Bekalan peranti perubatan negara kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik yang mengganggu rantaian bekalan dan lanskap perdagangan global Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, penilaian risiko bekalan terkini setakat 5 Ogos menunjukkan sebanyak 81.3 peratus barangan peranti perubatan berada pada tahap risiko rendah, manakala 18.7 peratus lagi berada pada tahap risiko sederhana dari segi kemungkinan gangguan bekalan. Bagaimanapun menurut

Suara Keadilan
Aug 282 min read
Â
Â


Kerajaan sasar 5,000 jurutera latihan Arm menjelang 2027
Bakat jurutera tempatan memiliki persijilan dalam teknologi reka bentuk cip menerusi program kerjasama dengan Arm Limited berpeluang menikmati gaji permulaan kompetitif sehingga RM5,500 sebulan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata kadar tersebut adalah lebih tinggi berbanding purata gaji jurutera biasa berikutan bidang reka bentuk cip merupakan industri berimpak tinggi yang memerlukan kemahiran khusus. Anggaran itu jelasnya berdasarkan peserta yang me

Suara Keadilan
Aug 222 min read
Â
Â


Krisis Asia Barat: Kerajaan jamin bekalan minyak cukup hingga Disember
Kerajaan akan memastikan jaminan bekalan tenaga sehingga Disember ini menerusi tiga strategi utama iaitu mempelbagaikan sumber import, mengoptimumkan pengeluaran bahan api domestik serta memperkukuh perjanjian bekalan jangka panjang.

Helmi Mohd Foad
Jul 133 min read
Â
Â


Pelan Induk JS-SEZ dilancar di mesyuarat Leaders' Retreat Malaysia - S'pura
Kementerian Ekonomi menegaskan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut perancangan dengan Pelan Induk dijadual dilancarkan secara strategik pada suku keempat tahun ini sempena mesyuarat Leaders' Retreat antara Malaysia dan Singapura. Kementerian itu memaklumkan, JS-SEZ merupakan inisiatif ekonomi rentas sempadan yang melibatkan kedua-dua negara, justeru pelancarannya perlu disusun dengan teliti bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan p

Suara Keadilan
Jul 41 min read
Â
Â


JS-SEZ catat pelaburan RM76 b, usaha Kerajaan MADANI tingkatkan ekonomi Johor
Kerajaan Persekutuan kekal komited menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai agenda ekonomi nasional yang meletakkan Johor sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, walaupun Pelan Induk JS-SEZ masih dalam proses penyelarasan, pelaksanaan projek strategik itu terus berjalan rancak apabila merekodkan RM76.98 bilion pelaburan diluluskan Kerajaan MADANI sepanjang 2025 dengan 57% daripadanya telah memasuki fas

Akmal Manaf
Jul 32 min read
Â
Â


Malaysia teroka sumber baharu pastikan bekalan minyak mencukupi
Bekalan minyak negara masih terkawal dan belum berada pada tahap kritikal, meskipun jaminan bekalan semasa hanya sehingga penghujung Julai, kata Menteri Ekonomi. Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih telus kepada rakyat dengan berkongsi maklumat mengenai bekalan tenaga semasa berdasarkan ketersediaan stok dari semasa ke semasa. "Pengumuman ini dibuat secara telus selepas segala urusan kos dan sumber bekalan dimuktamadkan. "Namun, in

Suara Keadilan
Jun 111 min read
Â
Â


Kerajaan teruskan agenda pembangunan di tengah krisis tenaga global
Kerajaan MADANI kekal komited meneruskan agenda pembangunan negara biarpun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, komitmen itu terbukti melalui sasaran perbelanjaan pembangunan sekitar RM611 bilion di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). "Komitmen tersebut akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek dan program berimpak tinggi secara berstruktur bagi memastikan pembangunan negara

Suara Keadilan
Jun 101 min read
Â
Â


Inflasi negara terkawal, kerajaan lakukan intervensi, teruskan subsidi
Kerajaan MADANI akan meneruskan intervensi bersasar bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup susulan peningkatan harga bahan api global, termasuk mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel sebanyak RM300 sebulan dan bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima yang layak. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk membantu rakyat dan sektor terlibat berdepan kesan krisis bekalan global. "Bagi

Akmal Manaf
May 191 min read
Â
Â


Tiada perbincangan kurangkan kuota BUDI95 - Menteri Ekonomi
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) mengesahkan kerajaan tidak membincangkan cadangan untuk mengurangkan kuota subsidi petrol RON95 menerusi program Budi MADANI (BUDI95) dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Jelas beliau, kerajaan MADANI ketika ini memberi tumpuan untuk memastikan mekanisme subsidi sedia ada kekal berfungsi secara berkesan dalam melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup, terutama susulan ketidaktentuan harga pasaran g

Suara Keadilan
May 151 min read
Â
Â


Ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia kekal di landasan stabil - Akmal
Ekonomi Malaysia kekal berada pada landasan stabil meskipun dunia terus berdepan ketidaktentuan dan cabaran makroekonomi global. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75% untuk 7 Mei tahun ini, sementara inflasi keseluruhan dan teras pula masing-masing mencatat purata 1.6% dan 2.1% pada suku pertama 2026. Ujarnya, anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 pul

Akmal Manaf
May 121 min read
Â
Â
bottom of page
