top of page

Dasar Gaji Progresif dikaji dari semasa ke semasa tingkat pendapatan

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
50 minutes ago
1 min read
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Kerajaan dalam proses mengkaji keberkesanan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dari masa ke semasa bagi mengenal pasti masalah struktur yang menyumbang kepada kenaikan gaji pekerja yang mendatar, kata Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir.


Menteri Ekonomi itu berkata, kajian tersebut bertujuan mengenal pasti permasalahan struktur yang menyekat peningkatan gaji pekerja, sekali gus mencari kaedah untuk memastikan pertumbuhan pendapatan lebih baik.


Katanya, kerajaan perlu menilai permasalahan berkenaan secara berterusan bagi memahami faktor yang menyebabkan pergerakan kenaikan gaji pekerja kekal mendatar.


"Maka sebab itu usaha untuk kita menilai masalah struktur, perlu berlaku dari masa ke semasa.


"Insya-Allah setelah hasil kajian Dasar Gaji Progresif kita dapat, kita akan buat penilaian yang lebih menyeluruh," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Salamiah Mohd Nor [PN-Temerloh] yang ingin tahu bagaimana pelaksanaan Dasar Gaji Progresif disokong oleh peningkatan produktiviti pekerja dan apakah sasaran produktiviti yang ditetapkan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page