top of page

Perkataan 'lighad': KEADILAN Hang Tuah Jaya desak pihak berkuasa ambil tindakan

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
41 minutes ago
1 min read

Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera terhadap pempengaruh media sosial, Lim Sian See berhubung kenyataannya yang didakwa mempersendakan petikan ayat suci al-Quran ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.


Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya (gambar), Ts Yazid Borhan berkata, Sian See sememangnya tidak mengetahui maksud 'lighad', namun sempat menyindir 'tapi tak ada ‘liwat’ pula' dalam hantaran di media sosialnya.


"Pada pendirian Cabang (Hang Tuah Jaya) sindiran terhadap Perdana Menteri ini melampaui batas kerana memperlekeh petikan ayat suci al-Quran.


"Pihak berkuasa digesa segera menyiasat Sian See dan mengambil tindakan undang-undang yang tegas sekiranya unsur kesalahan dibuktikan.


"Penguatkuasaan mesti dilaksanakan tanpa pilih kasih atau pertimbangan hubungan politik," tegas beliau menerusi satu kenyataan.


Sian See dilapor mempersoal penggunaan perkataan 'lighad' dalam teks ucapan PM Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2027 baru-baru ini.


Dalam hantaran di media sosial itu, beliau mempersoal perkataan berkenaan sebelum mengaitkannya secara sinis dengan perkataan lain.


Yazid menegaskan, walau sebesar mana sekalipun kebencian terhadap pemimpin yang berbeza pendirian politik, petikan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh pemimpin untuk membawa mesej kebaikan tetap wajib dihormati dan tidak sepatutnya dijadikan bahan sindiran politik.


Beliau berkata, politik mempunyai batas dan ayat suci al-Quran wajib dihormati, justeru ketegasan pihak berkuasa mesti diterjemahkan melalui tindakan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page