top of page

Kerajaan sedia teliti mekanisme tingkat ketelusan penawaran gaji

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan dalam penawaran gaji golongan pekerja di negara ini.


Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, langkah itu bukan bertujuan menetapkan kadar gaji secara mutlak, sebaliknya memastikan pekerja mendapat akses maklumat lebih jelas untuk menilai sama ada tawaran diterima mereka setimpal dengan kelayakan dan kemahiran.

"Hasrat kita adalah memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dirasai rakyat, termasuk melalui pertumbuhan gaji.


"Dari segi gaji median, kita kini berada sekitar RM3,600, tetapi jurang itu masih ada, terutamanya dalam kalangan Bumiputera," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu dipetik laporan.

Beliau sementara itu menegaskan, tawaran gaji perlu mengambil kira keperluan perbelanjaan pekerja berdasarkan indikator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar, termasuk perbezaan kos sara hidup mengikut lokasi dan saiz isi rumah.


"Antara cabaran pencari kerja adalah gaji tidak boleh dirunding. Tawaran yang diberi ‘take it or leave it’, sedangkan pekerja sukar buat perbandingan," jelasnya.


Justeru beliau berharap mekanisme baharu itu mampu menangani jurang pendapatan yang masih wujud khususnya dalam kalangan Bumiputera


"Isu gaji perlu dilihat secara menyeluruh membabitkan peranan kerajaan, majikan dan pekerja. Inisiatif seperti gaji minimum dan Dasar Gaji Progresif akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan tanpa menjejaskan ekonomi," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page