top of page

Inflasi negara terkawal, kerajaan lakukan intervensi, teruskan subsidi

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 36 minutes ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI akan meneruskan intervensi bersasar bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup susulan peningkatan harga bahan api global, termasuk mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel sebanyak RM300 sebulan dan bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima yang layak.


Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk membantu rakyat dan sektor terlibat berdepan kesan krisis bekalan global.


"Bagi pesawah pula, Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM300 sehektar mula disalurkan pada hari ini.


"Langkah ini penting kerana kos bahan api dan kos operasi pertanian boleh memberi kesan terus kepada rantaian bekalan makanan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika Taklimat Krisis Bekalan Global, di Putrajaya hari ini.


Sementara itu, Akmal memaklumkan bahawa kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9% pada April 2026 berbanding 1.7% pada Mac lalu, didorong terutamanya oleh kenaikan kos pengangkutan susulan peningkatan harga bahan api.


Meskipun terdapat peningkatan, beliau berkata, kadar inflasi di Malaysia masih sederhana dan terkawal berbanding beberapa negara serantau dan ekonomi utama dunia.


"Jadi kalau kita bandingkan dengan negara seperti Filipina, inflasinya pada 7.2%, Vietnam 5.5%, Indonesia pada 2.4% dan Republik Korea pada 2.6%.


"Jika kita teliti daripada segi peningkatan inflasi domestik terutamanya dipengaruhi oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat daripada 1.6% pada Mac 2026, kepada 4.1% pada April 2026.


"Faktor utama adalah kenaikan purata harga diesel di Semenanjung Malaysia kepada RM5.92 seliter berbanding RM4.12 seliter pada Mac 2026 serta kenaikan harga RON97 kepada RM5.06 seliter berbanding RM4.03 pada bulan sebelumnya," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page