top of page

Manifesto Melaka Rumah Kita bukti PH kemuka tawaran jelas, bukan slogan

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
4 hours ago
1 min read
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Pelancaran manifesto 'Melaka Rumah Kita' memperlihatkan komitmen Pakatan Harapan (PH) dalam menawarkan agenda pembangunan negeri yang berpaksikan keperluan rakyat, merangkumi aspek kesejahteraan, peluang ekonomi dan tadbir urus yang baik.


Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata manifesto itu juga merupakan bukti nyata bahawa PH hadir dengan tawaran dasar yang jelas dan bukan hanya sekadar slogan pilihanraya.


"Tiga teras dan 12 aspirasi yang dikemukakan memberi perhatian kepada perkara yang dekat dengan kehidupan rakyat iaitu perumahan mampu milik, pekerjaan berkualiti, peluang perniagaan, kebajikan, pengangkutan, institusi Islam dan pentadbiran bersih.


"Cadangan memperuntukkan 30 peratus kontrak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada golongan muda mesti dilaksanakan melalui sistem terbuka, berasaskan merit dan bebas daripada kronisme.


"Sasaran 25 juta pelawat menjelang 2032 pula perlu diterjemahkan kepada pekerjaan, pendapatan peniaga kecil dan kemajuan ekonomi setempat," katanya dalam satu kenyataan.


Mujahid berkata, manifesto tidak boleh berakhir sebagai dokumen kempen, sebaliknya setiap aspirasi mesti disertai sasaran, garis masa dan laporan kemajuan yang boleh dinilai oleh rakyat.


Ujar mantan Menteri Hal Ehwal Agama itu lagi, PH menawarkan sebuah pentadbiran bermaruah dan telus, yang pelaksanaannya boleh dipantau serta memberi tumpuan kepada pembangunan demi kesejahteraan rakyat Melaka.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page