top of page

Krisis Asia Barat: Kerajaan beri keutamaan stabilkan bekalan domestik

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
9 hours ago
1 min read
Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Gambar arkib
Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Gambar arkib

Krisis bekalan global kini beralih daripada fasa mengurus kejutan sementara kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan.


Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pasaran antarabangsa sejak Mac lalu telah menyesuaikan diri terhadap krisis mengurangkan kesan gangguan terhadap bahan mentah serta input pengeluaran.


Bagaimanapun jelasnya, perkembangan terkini di Asia Barat menunjukkan risiko ketidaktentuan kembali meningkat susulan ketegangan di Selat Hormuz, pergerakan kumpulan Houthi berhampiran Selat Bab al-Mandab serta gangguan terhadap infrastruktur tenaga Arab Saudi.


Sehubungan itu jelasnya, keutamaan Kerajaan MADANI ketika ini adalah untuk memastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi.


Ia bagi memastikan langkah mitigasi dapat dilaksanakan sekiranya tekanan terhadap bekalan dan harga global meningkat.


"Bekalan keperluan asas mesti mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan aktiviti ekonomi secara berlebihan.


"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran global sebagai petunjuk awal perubahan sentimen pelabur dan potensi kesan limpahan terhadap ekonomi domestik," katanya dipetik pada Taklimat Krisis Bekalan Global di Putrajaya semalam.


Pada taklimat berkenaan beliau memaklumkan, bekalan makanan asas negara kekal terkawal setakat 13 September lalu meskipun beberapa komoditi merekodkan pergerakan harga.


Kerajaan jelasnya akan memastikan sebarang tekanan harga dapat dikenal pasti lebih awal dan melaksana langkah mitigasi seperti Jualan Rahmah MADANI bagi meringankan beban dihadapi rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page